Tuesday, November 9, 2010


Momentem pilihanraya yang telah ditunjukkan oleh pengundi di Galas dan Batu Sapi telah berpihak kepada BARISAN NASIONAL (BN)...kerja kuat yang telah ditunjukkan oleh seluruh kepimpinan Barisan Nasional terutamanya YAB Perdana Menteri telah memberi sinar yang cukup berharga kepada Barisan Nasional iaitu kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang...

Banyak perubahan yang telah perkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dalam memberi ' Customer Servis' kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, sangat mengkagumkan ramai pihak...ini ternyata dalam segala gerak kerja yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri mempunyai enakmen perpaduan yang cukup kuat....

Tahniah di ucapkan kepada YAB Perdana Menteri kerana telah berjaya memberi kembali keyakinan rakyat Malaysia kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan dalam terus mentadbir negara ini.......

Zaid oh Zaid......


PKR menanti buah yang telah busuk di atas cabang pokok untuk di jatuhkan oleh pematuk-pematuknya...semakin hari semakin ramai dapat merasakan diri mereka ditipu dan dibohongi oleh Brother Anwar B. Ibrahim (B.A.B.I)..semakin hari semakin ramai melarikan diri meninggalkan akar, cabang, dahan dan pohon-pohonan...pokok semakin tidak dapat menahan lagi untuk berdiri teguh...pucuk pun tidak sempat lagi untuk di hijaukan.....


Terbaru, Zaid Ibrahim...sorang lagi anak kepada keturunan Ibrahim melarikan diri(melepaskan jawatan dalam parti dan menarik diri) kerana tidak dapat menahan lagi dengan taktik komando yang sentiasa di amalkan oleh abgnya, Anwar Ibrahim...akhirnya Zaid berundur dengan tanpa mengakhiri perjuang hingga ke titisan darah terakhir...benar-benar membuang masa dan wang ringgit....


Syabas kepada Zaid kerana telah sedar dengan membawa keinsafan untuk bersama Anwar Ibrahim...selepas ini dengar sajalah kritikan, tomahan, maki-hamun dan macam-macam lagi dari abgmu ANWAR IBRAHIM....seperti kebiasaan terjadi kepada sahabat mu yang telah melarikan darinya.....

Wednesday, August 18, 2010

Di mana Semangat Melayu!!!!

Masyarakat cina sekarang semakin berani bersuara dalam keistimewaan yang telah dikecapi oleh masyarakat melayu. Kenapa mereka ini berani mempersoalkan perkara seperti ini? Adakah melayu sudah tidak mampu untuk mempertahankan keistimewaan itu?...Adakah melayu terlalu merasakan selesa disebabkan Kerajaan yang memerintah akan sentiasa membantu mereka?....Adakah melayu sekarang ini merasakan siapa memerintah pun sama ja?....ataupun melayu sekarang ni rasa lebih baik kita bagi saja dekat cina pulak yang memerintah??....adakah benar semua ini?...

Penduduk melayu sekarang yang berada di bumi Malaysia mencapai 65%. Melayu adalah majoroti bagi bumi Malaysia. Kenapa kita harus mendengar kata-kata masyarakat Manoruti. Tersangatlah melampau mereka ini. Tidak mengenang budi. Terlalu banyak mempertikaikan hak keistimewaan Masyarakat Melayu.

Untuk pengetahuan semua, lihat lah kelebihan pada Parti Cina, MCA, GERAKAN dan DAP. Mereka berlainan Parti politik, tapi dalam hal perjuang untuk bangsa, mereka akan bersatu. Kenapa PAS dan UMNO tidak mampu lakukan sedemikian. Kenapa masyarakat melayu masih belum sedar berkenaan perkara ini.

PAS terang-terang dah bersekongkol dengan DAP, PKR plak dah memang melekat dah dengan DAP. Mana perjuang yang dilaungkan PAS. Di mana perjuangan Islam PAS. Di mana perkataan Kafir yang dihembuskan kepada UMNO duhulu. Di mana Hukum Hudud yang PAS beria-ria sangat nk lakukan. Untuk apa PAS terus bersama DAP yang terang-terang menolak ISLAM. Ulamak-ulamak menasihat untuk terus bersatu. Kenapa PAS sanggup menyatakan Ulamak-ulamak adalah barua UMNO. Adakah patut PAS yang dikatakan Parti ISLAM dapat melakukan seperti itu. Sungguh jahilnya OTAK PEMIMPIN PAS.

Fikir-fikirkanlah masyarakat melayu. Kita sekarang ini di dalam keadaan yang hampir mati. Sebelah kaki kita telah ditembak org. Tinggal satu kaki sahaja lagi, datanglah merawat dan kita serang kembali orang yang telah menembak masyarakat kita. Jangan jadi terlalu bersopan santun sehingga orang jijak kepala kita pun kita masih senyum.

Jangan berasa selesa dalam keadaan sekarang. Melayu bila-bila masa akan dijatuhkan. Mungkin dengan melayu sendiri ataupun dengan Bangsa lain.....SIKITOL zaman moden telah wujud.

JIKA MELAYU MASIH TIDAK BERSATU...TUNGGU LAH KEMUNCULAN SIKITOL UNTUK MENJATUHKAN MASYARAKAT MELAYU!!!!!!!!

Monday, May 10, 2010

Pembangkang pasang sepanduk


Pembangkang hanya pasang sepanduk tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) pasang tiang elektrik, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Katanya, ini membuktikan pembangkang tidak mampu memberi pembangunan seperti yang dilakukan oleh kerajaan yang membangunkan rakyat dan memberi kehidupan yang lebih baik tahun demi tahun.
‘‘Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi bolehkah tuan-tuan dan puan-puan minta bantuan daripada mereka. BN selama ini telah banyak memberi bantuan dan kemudahan kepada anda semua,” kata beliau berucap di majlis Program Mesra Rakyat Bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Rumah Panjang Stanley Gramong di sini hari ini.
‘‘Cara kita berkempen ialah hanya melibatkan dasar yang kita lakukan dan apa yang kita harapkan daripada rakyat. Malangnya ada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas disebarkan.
‘‘Mereka (pembangkang) menuduh kerajaan menyusahkan, ini sepatutnya tidak timbul dalam cara kita berkempen dan merayu undi,” kata beliau.
BN katanya melakukan pembangunan untuk rakyat secara berterusan dan bukannya bermusim.

Wednesday, May 5, 2010



Terkedu dan pening kepala untuk menjawab kenyatan demi kenyataan yang semakin hari semakin terkeluar dari mulut penyokong ahli-ahli keluarga mereka sendiri. Hari demi hari macam-macam kenyataan  dikeluarkan. Ish! kalau jadi pada kita pun haru jugak la nk jawab...Nik Aziz Tok Guru yang sentiasa dihormati oleh penyokong-penyokong seangkatannya macam semakin nak terkena ja...dulu kata orang JAHAT, RASUAH,  YANG ISLAM DI KAFIRKAN, FITNAH dan MACAM LAGI LA...kira di dunia ni..dialah Maha Kebaikan dan suci dari segala-galanya....skang kan dah terkena pada Batang Hidung Sendiri...Kesian...Kesian....lebih kurang macam ni la..

Naik Moto Laju-laju...
Pastu p Ludah Depan Muka...
Hah...kan dah terkena air liur sendiri Kat Muka yang Dipenuhi janggut Org Alim....
Kesian...Kesian!!!!!

Thursday, April 29, 2010

MB Bersongkok Yg Bongkak......

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak angkuh apabila enggan melayan desakan yang mahu beliau memohon maaf kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ekoran soalan mengenai bidangkuasa sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kelmarin.
Menurutnya, beliau tidak perlu memohon maaf kerana soalan yang dikemukakan oleh Mohd. Nasir Mustapa (Pas-Kubang Rotan) itu tidak melanggar Seksyen 36.8 Enakmen Peraturan Mesyuarat Dewan.
Jika semalam beliau mengakui tidak sedar wujudnya soalan itu dan bersetuju ''soalan itu memang tidak perlu ada pun'' hari ini beliau bercakap lain pula.
Katanya, apa yang dilarang menurut seksyen berkenaan adalah mempertikaikan sifat dan kelakuan raja termasuk titah serta hak-hak sultan.
"Nak minta maaf pasal apa, atas dasar apa? Yang timbul isu itu kerana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak faham undang-undang.
"Yang ditanya dalam Dewan ialah sejauh mana bidang kuasa sultan dihormati, bukan mempertikaikan kuasa sultan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menteri Besar ditanya mengenai tuntutan Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) semalam supaya beliau dan Mohd. Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah berikutan soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat Kubang Rotan itu pada sidang DUN kelmarin.
Pemuda BN turut dilaporkan meminta kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kedah berhubung isu berkenaan.
Pada sidang DUN tersebut, bantahan keras daripada beberapa wakil rakyat BN yang mempertikaikan dua soalan bertulis dikemukakan oleh Mohd. Nasir itu telah menyebabkan Speaker, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail membatalkan soalan berkenaan.
Penyokong pembangkang menganggap soalan itu seolah-olah cuba mempertikaikan kuasa sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.
Dua soalan yang menimbulkan kontroversi tersebut adalah sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam ?
Ditanya adakah beliau patut menjelaskan isu berkenaan kepada Tuanku Abdul Halim, Azizan berkata, ia tidak perlu kerana Sultan Kedah sudah memahaminya.
Menurutnya, semalam beliau telah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Elmi Yusoff mengenai isu tersebut dan meminta beliau supaya tidak mengendahkannya.
Dalam pada itu katanya, PKDK seolah-olah dipergunakan oleh 'orang politik' sehingga melakukan bantahan mengenai perkara berkenaan di Anak Bukit semalam dan sepatutnya datang berjumpa sendiri dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan.
"Kenapa pula dia nak tunjuk perasaan macam Baju Merah di Bangkok itu," katanya.

Friday, April 23, 2010

lagi keluar dan melarikan diri dari Datuk Seri Anwar Ibrahim!!!!

Kepercayaan ahli terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis apabila lebih 200 pemimpin dan ahli parti itu mengisytiharkan keluar parti tersebut hari ini.

Antara mereka ialah Ketua Angkatan Muda Kelantan (AMK) Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad, 34, dan Setiausaha AMK negeri itu, Ezri Zainal Abidin, 29.
Tindakan terbaru itu dianggap semakin memberi tekanan kepada kepimpinan PKR yang sedang bergelut untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kawasan itu, Ahad ini.
Menurut Wan Khairul Ihsan, tindakan itu dilakukan kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, rasa tidak percaya ini bermula apabila mereka melihat kesengsaraan rakyat di bawah.
"Kononnya mengangkat madah perjuangan untuk menegakkan keadilan tetapi itu hanya omong kosong kerana ia perjuangan peribadi untuk mengangkat diri Anwar menjadi Perdana Menteri.
"Keluhan pemimpin dan rakyat di bawah langsung tidak didengar. Sedangkan keluhan saya, seorang pemimpin yang mengangkat mandat di sebuah negeri pun tidak didengar, apa jaminan pemimpin atasan parti untuk mengambil berat suara rakyat di bawah?" katanya pada sidang akhbar di Bukit Beruntung, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Ketua AMK, Ezam Mohd. Nor.
Khairul Ihsan berkata, prinsip PKR yang disertainya sejak awal penubuhan parti berkenaan juga telah menyimpang jauh dari perjuang asal parti berkenaan.
"Prinsip PKR akhir-akhir ini kalau ada pangkat datuk, ada wang, maka anda ada tempat di dalam parti berkenaan.
"Kalau kerja kuat, berjaga malam jaga bendera, itu bukan jaminan untuk mendapat tempat di dalam parti. Kalau UMNO haram tetapi orang yang sama duduk di dalam PKR, semuanya halal," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta pengundi-pengundi di Hulu Selangor supaya memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan yang sekali gus memastikan parti berkenaan kembali menguasai kerusi Parlimen tersebut.
Sementara itu di Kalumpang, kira-kira 200 orang ahli PKR cabang Hulu Bernam turut mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut.
"Saya berharap mereka tidak akan terpedaya dengan dakyah, fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang dalam meraih undi," katanya.
Mereka diketuai Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi PKR Hulu Bernam, Mohd. Salleh Mat Noor, 56, dan Ketua AMK Hulu Bernam, Hanif Khan Sairan, 32.
Menurut Mohd. Salleh, beliau menyesal dengan tindakannya yang memperjuangkan parti berkenaan dan menganggapnya sebagai perbuatan yang sia-sia.
Katanya, sudah dua tahun dia membuat penajaan ahli-ahli baru tetapi sehingga kini belum selesai prosesnya.
"Keahlian parti sendiri tak boleh diurus, apatah lagi hendak menguruskan organisasi, negeri atau negara?
"Saya menjalankan tugas tanpa batasan. Saya telah taja sebanyak 13 JDM yang membabitkan ramai keahlian baru tetapi tidak dinilai.
"Pastinya ahli yang pernah saya taja akan menempelak selepas ini tetapi saya terima segalanya atas nama kebenaran," katanya.

Thursday, April 22, 2010

300 ahli PKR keluar parti...lebih ramai lagi akan keluar......

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kehilangan seorang lagi pemimpin apabila Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Klang, M. Palanibalakumar hari ini mengumumkan keluar parti.

Turut sama mengikut jejak Palanibalakumar ialah 300 ahli PKR Cabang Klang, majoritinya di Jalan Kem yang merupakan kubu kuat parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Kesemua mereka mengambil keputusan itu kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR serta rasa tertipu dan dipergunakan oleh pemimpin parti itu semasa pilihan raya umum lalu.
Palanibalakumar berkata, beliau dan 300 rakannya mengambil keputusan untuk menyertai MIC sebagai ahli biasa dan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan PRU-13 kelak.
"Setelah dua tahun PRU-12, kami masih hidup susah, tidak ada kerja manakala ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak pernah diberi perhatian oleh PKR.
"Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Exco yang menjaga kebajikan kaum India, Xavier Jayakumar hanya datang menjenguk bila ada perayaan dan semasa kempen pilihan raya sahaja tetapi selepas itu kami terus diabaikan.
"Kami tidak mahu terus ditipu dan hari ini kami mengambil keputusan keluar parti serta-merta dan menyertai MIC," katanya kepada pemberita di Jalan Kem, Pelabuhan Klang di sini malam ini.
Menurutnya lagi, keputusan itu telah lama dibuat dan hari ini dipilih untuk menzahirkannya.
"Ini tidak ada kena mengena dengan pilihan raya di Hulu Selangor, tetapi kebetulan tarikh pengumuman yang telah dirancang beberapa bulan lalu jatuh pada hari ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Selangor, Shanker Raj Ayengar berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Palanibalakumar dan rakan-rakannya.
Beliau berkata, MIC menerima kesemua mereka dengan hati terbuka dan berharap lebih ramai lagi kaum India mengikut jejak mereka keluar PKR.
"Kita diberitahu ramai lagi yang ingin keluar parti, tetapi mereka masih ragu-ragu," katanya yang hadir pada sidang akhbar itu untuk menerima borang kemasukan bekas ahli PKR

Azizan sedia bubar DUN

Tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar dari parti itu atas beberapa faktor turut memanaskan lagi suhu politik di negeri ini. Terbaru, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ada wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.
Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk berbuat demikian bagi memberi kuasa semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan.
"Kalau saya sudah rasakan perlu, saya akan menghadap Tuanku Sultan Kedah memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dewan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai perkembangan politik di negeri ini berikutan tindakan keluar parti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu yang menjadi wakil rakyat Bebas selain timbulnya khabar angin kononnya akan ada lagi ADUN pembangkang lain mengikut jejaknya.
Azizan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya pada masa ini tidak tergugat dengan apa yang berlaku.
Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang bahawa mereka akan terus kekal menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas.
Kedudukan terkini daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyaksikan Pas kini mempunyai 16 ADUN, PKR tiga dan seorang DAP yang membentuk kerajaan negeri manakala Bebas dua ADUN.
Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 13 ADUN dengan satu lagi kerusi di Kota Siputeh yang masih berada dalam kes mahkamah.

Orang semakin sedar siapa Anwar

 Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau.
Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya.
"Proses untuk menyedari siapa Anwar akan mengambil masa yang lama sebagai contoh, Dr. Chandra Muzaffar ialah pengikut kuat Anwar satu masa dahulu tetapi bertindak keluar daripada PKR.
"Kini Anwar menyaman Chandra berjuta-juta ringgit sementara salah seorang peguamnya, Zainur Zakaria juga telah bertindak meninggalkan Anwar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Multaqa Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad Bersama Guru-guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan Warga Perkim Peringkat Zon Tengah.
Dr. Mahathir mengulas tindakan bekas doktor peribadi Anwar, Datuk Dr. Halili Rahmat yang juga pengasas PKR mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO semalam.
Beliau juga mempersoalkan perjuangan sebenar Anwar sama ada berjuang untuk negara atau untuk menjadi Perdana Menteri.
Ditanya mengenai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang ditohmahkan sebagai peminum arak, Dr. Mahathir berkata, terpulang kepada penilaian pengundi terhadapnya.
"Saya dahulu kena macam-macam, kononnya saya ada seorang isteri di Singapura dan itulah orang politik dan orang yang mendengar itu perlu membuat penilaian sendiri," ujarnya.
Mengenai dakwaan MIC hanya boneka kepada UMNO, Dr. Mahathir berkata, jika begitu keadaannya, sudah pasti Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu telah lama meninggalkan Barisan Nasional.

Soalan Yang Simple Lg Terang!!!Bravo la!!!!!!!!!!!!!!

Wartawan : Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa Umno mahukan calon yang lemah, sebab itu, anda dipilih. Apa komen anda?

P. Kamalanathan : Sekiranya saya calon yang lemah, Anwar Ibrahim tidak akan berkempen di Hulu Selangor untuk calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. (Jawapan itu mendapat tepukan daripada sebahagian besar pemberita yang hadir)

Sunday, April 18, 2010

Datuk Zaid Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, merupakan 'korban politik' yang disediakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, pemilihan Zaid sebagai calon dilihat tidak bertepatan dengan peranan beliau yang kononnya dianggap penting dalam PKR.
"Hulu Selangor bukanlah kerusi yang selamat bagi PKR kerana keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan mereka menang dengan majoriti kecil iaitu 198 undi sahaja. Jadi, sesiapa yang bertanding akan berdepan tugas sukar.
"Jika benar seperti yang diperkatakan iaitu Zaid mempunyai peranan penting dalam PKR, kenapa Anwar mahu 'mengorbankan' beliau di Hulu Selangor?"
Beliau mengulas pemilihan Zaid sebagai calon PKR untuk bertanding mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu, 25 April ini.
Kata Anuar, kedudukan PKR di kawasan itu juga tidak kukuh dan menyifatkan parti itu cuma bernasib baik kerana berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas dengan kemenangan 'nyawa-nyawa ikan' sahaja.
Beliau percaya Anwar akan menyalahkan Zaid jika bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu gagal mempertahankan kerusi itu, apatah lagi sebelum ini terdapat spekulasi bahawa hubungan mereka tidak begitu baik.
"Sebenarnya, hubungan Anwar dengan Zaid tidak 'ngam' walaupun berjuang di bawah bendera yang sama kerana tindakan Zaid campur tangan dalam isu PKR Sabah yang diketuai oleh Azmin Ali.
"Tindakan Zaid itu jelas melanggar arahan Ketua Pembangkang itu," kata Anuar lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan enam kotak rahsia yang disimpan oleh Anwar untuk dijadikan 'senjata politik' sejak 12 tahun lalu sebagai tidak wujud.
Pendedahan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat atau mengetahui kandungan kotak-kotak rahsia itu.
"Kalau betul ada kotak-kotak yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, kenapa tak dedahkan sahaja dan tunggu lama sangat?
"Dia kena bertanggungjawab tampil menjelaskan apa sebenarnya (kotak rahsia itu)," kata Anuar.
Sementara itu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad. Zahid Md. Arip berkata, kewujudan kotak itu sekadar mitos ciptaan Anwar semata-mata.
"Saya lama dalam PKR tapi saya sendiri tak pernah tengok kotak-kotak yang dimaksudkan itu.
"Berbohong sudah jadi budaya bagi dia, dia boleh cakap ada enam, 12 atau 30 kotak," katanya.
Menurutnya, jika benar kotak-kotak itu wujud, Anwar sudah pasti akan menggunakannya untuk meraih simpati rakyat terutamanya ketika kempen pilihan raya kecil.

Saturday, April 17, 2010

Wei Shu akan dedah siapa 'monyet'......

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu akan menemui para pengundi di kawasan itu dalam tempoh terdekat, bagi menjelaskan tindakannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau akan menggunakan kesempatan tersebut untuk menerangkan secara panjang lebar rasional di sebalik keputusannya itu.
"Saya kini berada di luar kawasan dan perlu mengambil sedikit masa untuk tenangkan fikiran. Saya berjanji akan berjumpa penduduk dalam tempoh terdekat ini.
"Saya akan gunakan kesempatan itu untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku termasuk siapa dalang atau 'monyet' yang menganiayai saya,"
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaannya mendedahkan identiti pemimpin PKR yang dikatakan menjadi punca beliau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut.
PKR menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini apabila seorang lagi wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil rakyat Bebas.
Pengumuman Wei Shu kelmarin menjadikannya wakil rakyat PKR kesembilan yang mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Tambahnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para pengikutnya untuk menjadi wakil rakyat Bebas selepas tiada permohonan maaf dibuat oleh pemimpin terlibat kerana melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya.
Wei Shu memberitahu, beliau sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan sebahagian pengundi di Bakar Arang untuk memaklumkan keputusannya menjadi ADUN bebas.
"Penduduk memberikan maklum balas positif. Mereka tahu tindakan yang saya ambil ini wajar kerana ia melibatkan maruah dan kredibiliti saya,"

Sunday, April 4, 2010

Gobalakrishnan Keseorangan.......

Pada tengah hari yang indah hari jumaat lepas, seorang Ahli Parlimen yang sentiasa bermegah dengan loncatan seperti monyet yang berada di dalam kandang yang sedang memegang bunga raya yang di petik oleh sekumpulam pemuda ketika berada di dalam Dewan Parlimen.

Dalam waktu tengah hari tersebut, beliau sedang berada bersama-sama wartawan di Taman Selasih. Ketika itu beliau keseorangan tanpa ditemani rakan-rakan beliau. Barangkali semua telah dapat bunga raya kot. Beliau berada di situ di sebabkan munculnya sekumpulan peniaga di Taman Selasih yang telah menghentam beliau.

Beliau turun di situ untuk menjadi seorang hero yang turun seperti Superman yang datang membantu orang dalam kesusahan. Piiirahhhh!!!!!sebelum sekumpulan peniaga tersebut turun, kenapa tidak turun sebelum itu. Sembang sapa pun boleh sembang. Setakat nak jadi Ahli Parlimen tidak buat kerja untuk masyarakat dan kalau turun kawasan pun asyik buat kerja mengkritik kerajaan buat pa. Adik aku pun boleh jadi Ahli Parlimen. Makan gaji buta. Itu lah Ahli Parlimen yang trelah dipilih oleh kebanyakkan melayu pada pilihanraya ke-12. Cukup hodoh perangai dan kelakuan juga seperti monkey.

p/s : Fikir-fikirkan lah dengan Ahli Parlimen kita ini. Dah banyak kesilapan kita memilih beliau sebagai pemimpin. Kita akan ubah kembali pada pilihanraya ke-13 nanti..........

Friday, March 19, 2010

PENCINTA UMNO!!!

DARI MASALAH SERTA ISU-ISU SEMASA YANG TELAH TIMBUL. ADAKAH TUAN-TUAN MERASAKAN BARISAN NASIONAL KHUSUSNYA UMNO AKAN MEMENANGI PILIHANRAYA PADA PRU13 NANTI....????ADAKAH PARLIMEN PADANG SERAI AKAN KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL ATAU MASIH TETAP BERADA DI DALAM GENGGAMAN PAKATAN RAKYAT????SILA ULASKAN PENDAPAT TUAN-TUAN.......

Anwar dimalukan lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi malu besar apabila bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal menafikan badan bersenjata itu merestui rancangan ‘16 September’ bagi mengambil alih Kerajaan Pusat.

Sambil menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang itu seperti yang didedahkan seorang ahli Parlimen Bebas semalam, sebagai pembohongan paling besar, Abdul Aziz yang memimpin ATM pada waktu itu mengutuk tindakan yang sangat keji tersebut kerana sanggup menjual nama sebuah organisasi pertahanan yang profesional demi kepentingan politik peribadi.


‘‘Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan ATM dengan pembangkang ketika itu sebagaimana didakwa oleh Anwar, kerana badan ini adalah organisasi profesional yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan bukannya terbabit dalam mainan politik.

“Kenyataan Anwar itu hanyalah helah untuk mengaburi mata rakyat kerana ATM tidak akan sesekali menyetujui sebarang perancangan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat,’’ katanya pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan baru Zetro Aerospace Corporation, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat semalam berhubung rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan 16 September 2008.

Antara lain, Zahrain mendedahkan Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam dan mendakwa ATM juga menyokong pelantikan itu.

Selain itu, Anwar juga didakwa berbohong apabila menyatakan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan mempengerusikan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan dan menyokong pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Anwar itu, Abdul Aziz berkata, tiada sebarang pertemuan dibuat antara Ketua Pembangkang dengan beliau mahu pun pemimpin kanan ATM lain selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada Mac 2008.

Ditanya sama ada pihak ATM mengetahui sejak dari awal nama organisasi itu dikaitkan dengan rancangan 16 September, Abdul Aziz berkata, pihaknya mengakui memang timbul desas-desus dan beliau sendiri pernah ditanya oleh media mengenainya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau tidak menolak kemungkinan ATM akan mengambil tindakan tegas, jika selepas ini pembangkang terus mencemarkan imej organisasi itu demi kepentingan politik mereka.
Sementara itu, Ahmad Zahid mahu rakyat menilai sendiri pembohongan Anwar yang sanggup mempergunakan apa sahaja demi memastikan matlamat peribadinya tercapai.

“Apa yang dikatakan oleh Anwar adalah pembohongan besar, bukan sahaja kepada wakil rakyat pembangkang tetapi rakyat keseluruhannya hanya semata-mata untuk mencapai hasratnya bergelar Perdana Menteri,’’ jelasnya.

“Pembohongan mereka jelas kerana sehingga kini tiada seorang pun wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang keluar parti, sebaliknya mereka yang dilanda musibah apabila ramai wakil rakyat pembangkang menjadi ahli Bebas,’’ jelasnya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited untuk terus membangunkan industri pertahanan tempatan melalui penganugerahan kontrak jangka masa panjang terutamanya kepada syarikat yang menunjukkan pencapaian progresif.

Katanya, kerajaan akan memastikan hala tuju program pembangunan industri pertahanan tempatan terus dipergiatkan bagi memastikan negara mampu berdikari dalam menghasilkan produk pertahanan berasaskan teknologi tempatan.

“Komitmen kerajaan ini amat penting kerana kita tidak boleh terlalu bergantung kepada negara luar terutamanya berkait dengan sistem pertahanan yang bersifat strategik,” ujarnya.

Thursday, March 4, 2010

Lagi AHLI PARLIMEN umum keluar PKR

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.
Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.
Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.
Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.
Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.      Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang
Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.
DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.
Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.
Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin (kiri, berketayap) berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.
Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Salehudin (kiri) pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.
Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

Sunday, February 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina!!!!


SELAMAT TAHUN BARU CINA

IKHLAS DARI

PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN PADANG SERAI

Warna Sebenar Zulkifli Nordin......

Berapa ramai di kalangan pemimpin politik Melayu Islam yang berfikiran seperti YB Zulkifli Nordin?

Dalam Program Soal Jawab di TV3 baru-baru ini telah menyerlahkan warna sebenar YB Zul. Warna sebenar yang ditunjuk YB Zul lebih menyerlah lagi apabila beliau secara terbuka memperingatkan semula seluruh rakyat tentang warna sebenar DAP.
Sungguh realistik apa yang telah diperjelaskannya.
Beberapa fakta penting yang beliau perjelaskan perlu diambil iktibar oleh pemimpin dan rakyat khususnya kepada mereka yang mengaku dirinya orang Melayu yang berugama Islam.


Antara fakta yang perlu difikir bersama, ialah;

1. Hakikat bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada Melayu Islam.

2. Statistik menunjukkan bahawa terdapat 132 Ahli Parlimen melayu Islam dari jumlah keseluruhan seramai 222, iaitu mewakili 60% dari ahli dewan.

3. Kesilapan Pas yang telah lari dari konsep gabungan bersama parti pembangkang seperti yang telah diasaskan oleh Allahyarham Ust Fadhil Noor.

4. Hakikat bahawa DAP memang sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina dan bukannya parti yang memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum.

5. Hakikat bahawa kemenangan Pakatan Pembangkang di beberapa negeri dan kejayaan menambah bilangan anggota pembangkang di Dewan Rakyat bukanlah disebabkan kejayaan mereka meletakkan asas persamaan dalam perjuangan, tetapi sebaliknya disebabkan oleh isu-isu dan kelemahan ketara yang menyelubungi BN ketika itu.


6. Mengakui hakikat bahawa sebenarnya masih ada ruang untuk para pemimpin Melayu Islam untuk duduk semeja bagi mencari persefahaman dalam memperjuangkan segala kepentingan yang membabitkan soal kepentingan agama, bangsa dan tanah air.


Harus diakui, segala masalah, kekeliruan dan perpecahan yang berlaku hari ini adalah disebabkan fakta dan realiti di atas telah diketepikan oleh para pemimpin dan parti-parti politik. Diketepikan semata-mata di atas kepentingan politik dan kuasa yang telah melebihi segalanya.
Bukankah asas Melayu Islam yang menguasai 60% kekuatan itu merupakan suatu rahmat?
Bukankah prinsip Pas yang tidak mahu bekerjasama secara langsung dengan DAP sewaktu pimpinan Fadhil Noor adalah bagi memastikan Pas tidak lari dari prinsip asas perjuangannya?
Apabila prinsip ini dikorbankan, dari segi politik kuasa memang ia lebih efektif.
Tapi selepas kuasa bertambah adakah kepentingan Islam lebih terbela dari sebelumnya?
Selama-lamanya DAP tidak pernah mendapat sokongan orang melayu kecuali sokongan ini dilihat begitu ketara pada PRU12.
Sokongan ini jelas bukan disebabkan oleh orang Melayu sudah boleh menerima perjuangan DAP, tetapi ianya adalah bertitik-tolak dari Pas yang telah mengorbankan prinsipnya dengan memberi lesen kepada para pendokongnya mengundi DAP.
Setelah Pas mengiktiraf pejuangan DAP, apakah hasil yang diperolehi oleh Pas, oleh Islam mahupun oleh bangsa Melayu? Sebaliknya, apakah pula hasil yang diperolehi oleh DAP setelah Pas mengorbankan prinsipnya?
Nabi Muhammad saw dulu bersetuju dengan syarat perjanjian hudaibiah walaupun ianya jelas berat sebelah. Tapi hasilnya jelas telah menguntungkan Islam, malahan pada tahun 8 hijrah Islam telah dapat menguasai Kota Mekah.
Jika semata-mata mengikut apa yang di atas kertas perjanjian, mana mungkin Islam akan berkembang. Tapi itulah Islam. Di sebaliknya ada Mahakuasa yang mengatur segalanya.
Apa yang penting, Rasulullah tidak sekali-kali korbankan prinsip dan perjuangan agama yang dibawa. Yang dikorbankan oleh Rasulullah hanyalah perasaan keegoan dan nafsu para sahabat yang rata-rata tidak bersetuju dengan perjanjian hudaibiah.
Dari analisa ini bolehlah diperhalusi lagi di mana sebenarnya kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Pas.
Hanya disebabkan mendengar guruh sokongan berdentum-dentum yang diletupkan oleh Anwar, Pas terus mencurahkan segala prinsip perjuangan ke longkang. Akhirnya, Pas dapat 1Tempayan air, DAP dapat 1Malaysian Malaysia.
Bagaimana mahu diperbetulkan semua kesilapan ini? Ia tidak menguntungkan mana-mana kalangan Melayu Islam pun, tidak kira melayu Islam dalam UMNO, dalam Pas mahupun dalam PKR.
Apa yang menguntungkan hanya satu, iaitu keuntungan dari segi berbangga dan bermegah-megah kononnya perjuangan masing-masing sudah diterima rakyat jelata.
Berapa ramai lagi mereka yang berada dalam UMNO, Pas mahu pun PKR yang berfikiran seperti Zulkifli Nordin?

Saturday, February 13, 2010

Guan Eng Perbodohkan Pemimpin PKR Di Pulau Pinang!!!!!

Seperti yang penulis jangkakan, salakan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), hanya sekadar membuang masa dan tidak akan mungkin mengganggu Lim Guan Eng Sosialis, walau
sedetik pun. Sekarang, PKR di Pulau Pinang diibaratkan seperti sampah oleh DAP Sosialis. Kepimpinan PKR negeri tidak mampu untuk bersuara dan mereka pasti akan diperbodoh-bodohkan oleh Guan Eng Sosialis dan orang-orang beliau.
Satu persatu, DAP Sosialis sudah mulai membuka pekung di dada kepimpinan PKR Pulau Pinang dan taktik begitu sudah diramalkan untuk menutup mulut pemimpin-pemimpin PKR yang lantang mempersoalkan kewibawaan Guan Eng Sosialis.
Zahrain Mohd Hashim didakwa sebagai seorang ahli politik yang 'frust menonggeng' dan kerana itu Zahrain membuat bising.
Seorang lagi pemimpin PKR, Tan Tee Beng, ahli parlimen Nibong Tebal pula turut didakwa 'frust menonggeng' dan 'mengacau' Guan Eng kerana Guan Eng menolak ke tepi cadangan PKR negeri yang mencalonkan beliau menjadi pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Tan Tee Beng juga didakwa campurtangan di dalam proses tender Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) bagi mendapatkan lot rumah kedai untuk keluarga beliau.
Mohd Razali Abdullah, bekas MPPP yang juga ahli PKR turut diperbodoh-bodohkan sehinggakan beliau menfailkan saman malu terhadap Jeff Ooi, orang kanan Guan Eng.
Pokoknya, kepimpinan DAP Sosialis di Pulau Pinang cuba menutup mulut rakan-rakan politik mereka sendiri dengan cara mengaibkan mereka di depan orang ramai dan tindakan tersebut sudah diramalkan sejak dari mula lagi.
Realitinya, kepimpinan PKR Pulau Pinang seperti sudah tiada maruah lagi dan nama baik mereka telah diconteng dan diperburuk-burukkan oleh Guan Eng.
Yang memalukan sekali ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin tertinggi PKR yang dahulunya diibaratkan jaguh di Pulau Pinang, tidak dapat berbuat apa-apa di negeri beliau sendiri.
Anwar Ibrahim hanya sekadar menumpang kuasa DAP dan tidak mampu untuk menegur Guan Eng.
Malah Anwar Ibrahim sendiri tiada kuasa untuk membantu peniaga-peniaga Melayu di kawasan parlimen beliau sendiri sehinggakan gerai-gerai mereka dirobohkan tanpa alternatif untuk membantu peniaga-peniaga tersebut.
Guan Eng juga cuba menutup kelemahan pentadbiran beliau dengan mengolah statistik pemberian tender yang kononnya beliau telah berlaku adil dan saksama kepada orang Melayu di Pulau Pinang.
Jika kita membaca sekali imbas tentang peratusan pemberian tender tersebut, kita tentu akan termakan dengan kenyataan Guan Eng. Mungkin beliau fikir bahawa orang Melayu Pulau Pinang bodoh-bodoh belaka.
Akan tetapi, beliau sebenarnya tidak menerangkan dengan lebih terperinci tentang nilai tender yang diberikan kepada orang Melayu.
Jika benar, apakah adil jika tender yang kecil nilainya diberikan kepada orang Melayu dan tender yang besar diberikan kepada orang Cina?
Yang 'menariknya' tentang satu lagi modus operandi untuk menutup mulut rakan-rakan politik Guan Eng ialah dengan melabelkan mereka sebagai tali barut UMNO dan Barisan Nasional.
Label yang diberikan itu pasti akan dapat menutup terus mulut sebarang pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang termasuk Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng.
Tetapi, ada satu cara lagi untuk menutup mulut mereka itu. Lim Guan Eng atau pun Anwar Ibrahim mungkin akan menganugerahkan wang ringgit yang banyak kepada Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng.
Kedua-duanya akan bersetuju untuk digantung untuk beberapa bulan. Tatkala itu, mereka mempunyai alasan untuk meninggalkan tanggungjawab di kawasan masing-masing kerana kononnya perlu 'muhasabah diri dan memikirkan karier mereka seterusnya'!
Dan mungkin mereka akan memilih pusat peranginan yang mahal-mahal untuk dijadikan tempat 'menyembuhkan luka yang sangat perit' itu!
Apa pun penulis berharap agar kedua-dua pemimpin PKR negeri Pulau Pinang tidak senang dibeli oleh Guan Eng.
Yang penting sekarang ialah Lim Guan Eng patut dilucutkan jawatan dan hanya satu cara yang boleh dilakukan iaitu dengan mengulingkan kerajaan DAP Pulau Pinang

                                     
Kusut masai. Itulah gambaran yang sedang menyelubungi Pakatan Rakyat. Dari soal sesama pakatan hinggalah kepada soal masalah dalaman parti masing-masing.

Semua ini adalah angkara kerana terlalu banyak menepuk air di dalam dulang sehingga lemas terpercik ke muka sendiri.
Baru Tuhan bagi secebis kekuasaan sudah kusut masai. “Tak ketawan” apa yang nak dibuat. Kalau bagi dia orang perintah 1 Malaysia, mungkin badan pun tak terurus kot.
Baru dua bulan Anwar umum untuk membentuk Pakatan Rakyat secara rasmi dan berdaftar seperti BN. Patutnya Anwar dan lain-lain pasangan dalam Pakatan Rakyat sibuk membuat persiapan ke arah menzahirkan pembentukan PR, tapi sekarang sudah sibuk pulak turun naik mahkamah.
Di atas kertas perancangan cukup cantik, tapi apa yang berlaku sesama sendiri sudah isytihar perang.
Di Penang sekian masalah. Di Selangor sekian masalah. Siang malam berhempas pulas hanya sibuk mengekang isu dalaman tanpa kesudahan. Jalan penyelesaian tak nampak lagi. Soal rancangan pembangunan dan kebajikan rakyat tak usah cakaplah. Jauh panggang dari api.
Kata dalam UMNO taada demokrasi. Tak boleh kritik kepimpinan secara terbuka, tapi akhirnya seorang lepas seorang pemimpin mereka sedang dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana mengkritik tidak mengikut saluran parti.
Kata UMNO dah tak tau mentadbir dan tak endah lagi tentang masalah rakyat, tapi beribu rakyat Penang turun padang kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang membelakangi keperluan rakyat.
Dulu kalau ada saja mana-mana gerai haram diroboh oleh majlis perbandaran, merekalah yang paling awal datang untuk membela nasib penjaja. Menunjuk juara.
Dulu kalau ada saja kelalaian kerajaan dalam memahami sensitiviti rakyat, merekalah yang sepantas kilat mengisi ruang sebagai pihak yang prihatin. Tapi hari ini YBK yang secara jelas memperjuangkan nasib golongan terpinggir telah ditekan sehingga tahap maksimum.
Mereka tidak dapat lagi membezakan yang mana satu kepentingan rakyat dan mana satu kepentingan politik. Jika kepentingan politik terjejas, mereka lebih sanggup gadaikan kepentingan rakyat.
Tidak ada rasa malu mereka kepada rakyat Selangor. Gara-gara dendam politik, hari ini UiTM untuk rakyat Selangor telah terlepas ke negeri Melaka. Pembangunan hiliran yang sepatutnya melimpah untuk rakyat di Hulu Selangor, kini telah terlepas kepada orang Melaka.
Kesamarataan entah ke mana. Liberalisasi pun tak nampak hidung. Slogan ketuanan rakyat pun sudah tidak kedengaran lagi.
Rupa-rupanya segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO/BN dulu, sekarang semua sudah terpercik ke muka sendiri.
Rakyat nak tambah lagi ke mandat kepada Pakatan kusut masai ini dalam PRU13 nanti? Kalau rasa tak cukup 5 negeri yang sudah diberi kepada mereka, tambahlah lagi. Bagilah Pahang, N.Sembilan, Melaka dan Terengganu pulak pada mereka. Tinggalkan Johor je satu.
Kalau betul-betul berani nak berjudi nasib, bagilah kerajaan pusat sekali pada Pakatan Rakyat…
Kadang-kadang golongan rakyat taksub buta tuli kena buat macam tu, sebab kepandaian mereka ni jenis pandai yang tak boleh diikut. Jenis bodohnya pulak tak dapat nak diajar.

Saturday, January 30, 2010

Tahniah Pakatan Retak Dan Jual Temberang Lagi...

Parti Pakatan Rakyat kini layak dipanggil Pakatan Retak. Singkatannya tetap sama iaitu PR tetapi kerosakan dan kebusukan yang berlaku di dalam kepimpinan parti-parti yang menumpang di dalamnya telah terbuka satu persatu.

Penulis mencari-cari kepada penyebab yang berlakunya adegan buka pekung diketiak Pakatan Retak tersebut. Kita semua tahu bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mampu menutup segala isu dalaman dengan baik.
Yang menariknya ialah Pakatan Retak akan menggunakan satu strategi licik apabila berlakunya konflik dalaman.
Malangnya, strategi tersebut kerap sangat digunakan oleh parti tersebut sehinggakan rakyat dapat membaca dan tahu kesudahan kepada konflik dalaman tersebut.
Kekerapan tersebut membuatkan rakyat menjadi bosan dan mengganggap strategi itu sebagai satu lakonan kelas 3 dan Pakatan Retak itu penuh dengan pembohongan dan mempermain-mainkan rakyat.
Sebelum ini, jika berlaku konflik dalaman, mereka akan cepat-cepat menutupi isu tersebut dengan mengadakan perjumpaan di antara pihak-pihak yang bertelagah dan pihak media akan dipanggil.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan duduk bersama, kerusi roda Karpal Singh akan berada di antara Nik Aziz dan Hadi Awang. Pelbagai hujah akan diterangkan kepada pihak media.
Media pro-Pakatan Retak akan menokok tambah kenyataan akbar tersebut dan akan menyelit dan menghentam parti lawan walaupun isunya tidak ada kena dengan parti lawan tersebut.
Klimaks kepada PC tersebut satu sessi 'berpeluk cium tanda ok' akan diadakan. Pemimpin-pemimpin Pakatan Retak itu akan berpeluk lebih lama supaya jurugambar pro-PR dapat sudut gambar yang terbaik untuk tatapan pembaca-pembaca web dan blog mereka.
Dan setelah segala kenyataan dan foto-foto disiarkan di dalam web dan blog masing-masing, kehangatan konflik tersebut akan 'dimatikan' begitu sahaja dengan harapan rakyat tidak lagi memikirkan tentang keburukan parti.
Jika tidak, Pakatan Retak akan menimbulkan isu lain, memperhangat-hangatkan isu tersebut dan rakyat akan menukar fokus mereka kepada isu baru ini pula.
Kerana itu penulis beranggapan bahawa adegan saman menyaman di antara Zulkifli Noordin (PKR) dan Khalid Abdul Samad (Pas) adalah sekadar lakonan murahan yang cuba mengaburkan pertimbangan rakyat.
Dan penulis percaya bahawa adegan Zulkifli-Khalid ini akan ditamatkan dengan adegan 'peluk cium tanda ok' dan konflik mereka akan 'dimatikan' dengan cepat supaya rakyat tidak lagi mempersoalkan Pakatan Rakyat yang sebenarnya Retak.
walaubagaimanapun, penulis percaya bahawa kita semua sudah boleh membaca taktik Pakatan Retak dan menilai sendiri ketidakmampuan serta pembohongan yang mereka cuba sembunyikan dari mata kita selama ini.
oh ya.... di awal artikel ini penulis mengatakan bahawa penulis mencari-cari kepada penyebab yang berlakunya adegan membuka pekung di ketiak Pakatan Retak itu.
Apakah ianya hasil Nik Aziz Nik Mat, seorang pemimpin tertinggi PA yang berkemampuan tetapi tidak mahu membiayai sendiri kos haji beliau?
Penulis 'berterima kasih' kerana doa laknat yang diminati oleh Nik Aziz Nik Mat telah terpalit ke diri sendiri dan membuka segala kelemahan dan keretakan Pakatan Rakyat hari ini.

dan penulis difahamkan bahawa Nik Aziz menyuruh seluruh rakyat Kelantan untuk berdoa laknat.


1. Apakah doa-doa tersebut akan bantu membuka lebih banyak permasalahan di dalam Pakatan Rakyat?


2. Apakah lebih ramai pemimpin Pakatan Retak akan ditangkap kerana habuan rasuah dan seks?


3. Apakah menantu Nik Aziz akan dipenjarakan dek pengelewengan kuasa beliau sebelum ini?

Apabila Malaysian Malaysia Tidak Laku

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, negara ini "sedang berperang dengan dirinya sendiri" dan langkah ke hadapan ialah dengan mengambil `jalan tengah' yang menyediakan peluang yang saksama, inklusif dan tiada lagi diskriminasi".

Katanya, berbeza dengan UMNO, Malaysia, Middle Malaysia mementingkan karekter dari warna kulit.
`Jalan tengah DAP' diibaratkan sebagai kaedah yang menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, Ketua Menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - Pas dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.

Pertamanya, jika betul ini akan menjadi dasar DAP, maka sebenarnya DAP agak terlewat kerana prinsip dan tindakan `jalan tengah' ini merupakan teras amalan dan pendirian kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Mungkin selepas `tersesat jalan' selama 43 tahun, seperti Parti Komunis Malaya (PKM) mereka baru tersedar yang jalan mereka ikuti selama ini salah.
Maka sebenarnya Guan Eng TERSILAP - bukan Malaysia yang sedang berperang dengan dirinya sendiri, sebaliknya "DAP yang sedang berperang dengan dirinya sendiri dan dalam proses mencari kebenaran".
Keduanya, penulis tidak melihat Middle Malaysia sebagai kejujuran DAP untuk `bertaubat' dari sikap `chauvinistik' yang menjadi darah daging mereka selama ini.
Sebaliknya ia hanya satu lagi retorik DAP bagi mengaburi mata rakyat dan tipu daya yang halus bagi memancing undi. Middle Malaysia tidak lebih seperti retorik-retorik yang gagal diterjemahkan secara jujur dalam bentuk dasar dan tindakan DAP.
Middle Malaysia adalah wajah samaran terkini DAP dan akan menjadi salah satu perkara dalam senarai janji yang tidak mungkin akan ditunaikan oleh DAP.
Dari segi tindakan dan matlamat akhir, DAP akan terus menjadi parti `chauvinis' yang menolak kedudukan istimewa Islam, Melayu/Bumiputera dan Institusi Raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan.
Apakah ayat Guan Eng yang membuktikan tipu daya yang halus ini? Guan Eng menekankan perkataan `saksama' berbanding `keadilan'. Guan Eng juga menekankan perkataan tiada lagi diskriminasi yang boleh membawa maksud `persamaan'.
Guan Eng juga menyebut perkataan mementingkan karektor berbanding warna kulit; dan yang tidak disebut adalah pegangan agama, lebih-lebih lagi dalam konteks agama Islam yang dilihat sebagai cara hidup oleh umat Islam.
Justeru tidak hairanlah jika keghairahan menjenamakan `konsep PERSAMAAN DAP' ini dihebahkan melalui sanjungan terhadap cara Pas menangani isu terjemahan God dalam Bible sebagai Allah.
Seperti Pas, DAP mempunyai masalah dengan satu segmen dalam masyarakat. Pas mempunyai masalah dengan pengundi bukan Islam dan DAP yang menolak konsep Negara Islam ala Pas.
Disebabkan itu slogan Pas for ALL dilaungkan bagi menunjukkan ke`relaan' dan ke`ikhlasan' menerima kaum yang suatu masa dulu digelar `kafir harbi' oleh Pas.
Pas for ALL juga digambarkan sebagai kesudian Pas untuk menggugurkan sejumlah perjuangan Islam mereka (termasuk retorik perjuangan Melayu yang mereka mainkan di kampung-kampung) dan penerimaan bukan Islam, walaupun pada hakikatnya bagi pimpinan Pas, golongan bukan Islam sebenarnya tidak mempunyai hak yang sama seperti hak umat Islam untuk memilih pemimpin dalam parti tersebut.
DAP pula mempunyai masalah untuk mendapat sokongan orang Melayu dan umat Islam. Bagi ramai umat Islam, sosialisme dan sekularisme bukan cara hidup yang dianjurkan seperti Islam.
Bagi orang Melayu yang insaf pula, mereka dapat melihat wajah kapitalis DAP dalam pendekatan `persamaan' DAP yang akan meminggirkan kaum Melayu semakin jauh dalam persaingan di dalam negara ini.
Bagi orang Melayu ini, mereka dapat melihap prinsip `persamaan' bagi DAP hanya terpakai untuk bidang-bidang yang belum dikuasai oleh kaum Cina, sebaliknya tidak terpakai bagi bidang-bidang yang telah didominasi oleh kaum Cina.
Pada waktu yang sama prinsip `persamaan DAP' bagi majoriti umat Islam dan Melayu tidak mungkin dibenarkan untuk perkara-perkara berkaitan agama Islam.
Jelas, Middle Malaysia akan menjadi satu lagi penipuan Pakatan Pembangkang (PR). Hipokrasi terbesar PR terdedah semasa Konvensyen PR pada 19 Disember yang lalu. Dalam konvensyen ini pemimpin-pemimpin PR akhirnya terbukti gagal mengotakan retorik dan idealisme politik masing-masing.
Setelah bertahun-tahun berjuang untuk menghapuskan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan, mengkritik pelbagai dasar yang berasaskan kepada kontrak sosial serta usaha untuk menambah konsep Negara Islam ala Pas dalam Perlembagaan Persekutuan, penulis menganggap KEKALAHAN yang paling besar PR dari segi idealisme adalah apabila pemimpin-pemimpin mereka terpaksa menyokong dan mengiktiraf perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Antara penipuan dan hipokrasi paling jelas adalah apabila Lim Guan Eng bercakap tentang `amar makruf nahi mungkar'.
Ketika bercakap dia bukan benar-benar yakin, beriman dan beramal dengan kata-katanya, sama seperti imannya kepada ayat-ayat al-Quran yang dibacanya.
Buktinya? Jelas di negeri Selangor dan Pulau Pinang, amar mungkar nahi makruf yang sebenarnya berleluasa.
Isunya di sini - hipokrasi - "play populist politic, ignore your principle and sell your soul to the devil - you'll be a Person/Party for ALL"

Anwar Jadi Penternak Kambing Hitam

Sheikh Anwar Ebraham berhujah dalam ‘The Wall Street Journal’ bertajuk “Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.” Isu agama dalam negara, tapi telah diberikan penjelasan kepada dunia.
Cuba tengok apa hujah dia lagi.. "Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.”


Si dangkal yang menunjuk pandai ni, tak faham. Bukankah sebelum kehadiran Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun lalu, semua agama samawi yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya memang merupakan agama benar yang menyeru manusia menyembah tuhan esa yang sama, iaitu Allah?


Sheikh Anwar al-Dangkal tak faham ke, bahawa bagi penganut Islam, agama-agama samawi ini telah diselewengkan oleh pengikut agama selepas kewafatan nabi-nabi mereka?


Allah yang dibawa oleh nabi-nabi mereka dulu memang sama dengan Allah yang dimaksudkan oleh penganut Islam hingga hari ini.


Selepas agama samawi ini diselewengkan, maksud Allah bagi mereka sudah bukan lagi tuhan yang esa. Di sinilah titik tolak berlakunya perpisahan antara iktiqad kepercayaan orang Islam dan penganut agama samawi yang lain berlaku.


Disinilah yang menjadi pertikaian kita kalangan penganut Islam. Mereka semberono menggunakan perkataan Allah dengan meyelewengkan maksud dan iktiqadnya.


Bukan masalah boleh guna atau tidak! Kalau mereka nak guna, kenalah pastikan mereka menyembah tuhan yang esa seperti mana yang dimaksudkan oleh agama Islam yang dibawa oleh Muhammad saw!


Wahai Syeikh Anwar Al-Dangkal…Awak dinasihatkan janganlah membuat dakwaan liar dan mengelirukan seperti di bawah ini dalam majalah yang berbeza iktikad dengan awak….


“Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa. Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat”.


Awak ni nak menyelesaikan kemelut antara agama ke.. atau nak menambah kelirukan seluruh rakyat pelbagai agama dalam negara dan dalam masa yang sama cuba pula memberi gambaran buruk kepada dunia tentang negara awak sendiri?


Awak ke yang bertanggungjawab sehingga kehidupan pelbagai kaum dan agama di negara ini selama ini begitu aman dan damai?


Hakikatnya, rekod menunjukkan bahawa sejak awak menjadi penentang kerajaan, semua isu-isu sensitif yang selama ini terkawal sudah menjadi luar kawalan! Awak yang memanipulasi setiap keadaan dengan harapan bila keadaan tidak lagi aman, maka ada ruang untuk awak salahkan pemerintah.


Kalau desperado macam mana sekali pun janganlah soal iktiqad pun awak nak politikkan. Tak takut ke akan azab Allah, tuhan penganut Islam? Allah awak tu adalah Allah tuhan orang Islam. Bukan Allah tuhan lain-lain agama.


(Tengok ni…punyalah susah bila dah boleh kongsi nama tuhan. Nak kena bagi tau Allah yang mana. Allah tuhan orang Islam ke Allah tuhan bukan Islam).


Syeikh Anwar Al-Dangkal ni ada satu sifat terpuji, iaitu kekentalan semangat perjuangannya. Walau apa keadaan pun dia akan terus berjuang. Walau hingga titisan mazi terakhir pun dia akan terus mencari jalan agar semua manusia percaya kepada dia.


Kalau dia nak kuasa, apa cara pun dia akan gunakan. Walau macam mana bersalah, mati hidup balik pun dia tidak akan mengaku salah.


Pantang ada peluang dan kesempatan pasti akan dibenafaatkannya sebaik mungkin untuk membolehkan dia menjadi juara rakyat, walaupun terpaksa bermain api dengan Allah dan iktiqad umat Islam.


Cuba baca ayat di bawah ni…Macam mana dia susun sesuatu isu dengan ayat yang akhirnya setiap kesalahan akan kelihatan dilakukan oleh orang lain.


"ada mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO”.


dia yang secara semberono memanipulasi setiap isu tapi akhirnya orang lain yang dituduh semberono dan dijadikan kambing hitam.


Ternakan kambing hitam Syeikh Anwar ada di mana-mana. Dalam PKR, dalam PAS, dalam UMNO, semua ada...


Sekarang ternakan kambing hitam dalam PKR sedang disembelih...Kambing hitam tu diberi nama Zulkifli Nordin.