Saturday, January 30, 2010

Tahniah Pakatan Retak Dan Jual Temberang Lagi...

Parti Pakatan Rakyat kini layak dipanggil Pakatan Retak. Singkatannya tetap sama iaitu PR tetapi kerosakan dan kebusukan yang berlaku di dalam kepimpinan parti-parti yang menumpang di dalamnya telah terbuka satu persatu.

Penulis mencari-cari kepada penyebab yang berlakunya adegan buka pekung diketiak Pakatan Retak tersebut. Kita semua tahu bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mampu menutup segala isu dalaman dengan baik.
Yang menariknya ialah Pakatan Retak akan menggunakan satu strategi licik apabila berlakunya konflik dalaman.
Malangnya, strategi tersebut kerap sangat digunakan oleh parti tersebut sehinggakan rakyat dapat membaca dan tahu kesudahan kepada konflik dalaman tersebut.
Kekerapan tersebut membuatkan rakyat menjadi bosan dan mengganggap strategi itu sebagai satu lakonan kelas 3 dan Pakatan Retak itu penuh dengan pembohongan dan mempermain-mainkan rakyat.
Sebelum ini, jika berlaku konflik dalaman, mereka akan cepat-cepat menutupi isu tersebut dengan mengadakan perjumpaan di antara pihak-pihak yang bertelagah dan pihak media akan dipanggil.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan duduk bersama, kerusi roda Karpal Singh akan berada di antara Nik Aziz dan Hadi Awang. Pelbagai hujah akan diterangkan kepada pihak media.
Media pro-Pakatan Retak akan menokok tambah kenyataan akbar tersebut dan akan menyelit dan menghentam parti lawan walaupun isunya tidak ada kena dengan parti lawan tersebut.
Klimaks kepada PC tersebut satu sessi 'berpeluk cium tanda ok' akan diadakan. Pemimpin-pemimpin Pakatan Retak itu akan berpeluk lebih lama supaya jurugambar pro-PR dapat sudut gambar yang terbaik untuk tatapan pembaca-pembaca web dan blog mereka.
Dan setelah segala kenyataan dan foto-foto disiarkan di dalam web dan blog masing-masing, kehangatan konflik tersebut akan 'dimatikan' begitu sahaja dengan harapan rakyat tidak lagi memikirkan tentang keburukan parti.
Jika tidak, Pakatan Retak akan menimbulkan isu lain, memperhangat-hangatkan isu tersebut dan rakyat akan menukar fokus mereka kepada isu baru ini pula.
Kerana itu penulis beranggapan bahawa adegan saman menyaman di antara Zulkifli Noordin (PKR) dan Khalid Abdul Samad (Pas) adalah sekadar lakonan murahan yang cuba mengaburkan pertimbangan rakyat.
Dan penulis percaya bahawa adegan Zulkifli-Khalid ini akan ditamatkan dengan adegan 'peluk cium tanda ok' dan konflik mereka akan 'dimatikan' dengan cepat supaya rakyat tidak lagi mempersoalkan Pakatan Rakyat yang sebenarnya Retak.
walaubagaimanapun, penulis percaya bahawa kita semua sudah boleh membaca taktik Pakatan Retak dan menilai sendiri ketidakmampuan serta pembohongan yang mereka cuba sembunyikan dari mata kita selama ini.
oh ya.... di awal artikel ini penulis mengatakan bahawa penulis mencari-cari kepada penyebab yang berlakunya adegan membuka pekung di ketiak Pakatan Retak itu.
Apakah ianya hasil Nik Aziz Nik Mat, seorang pemimpin tertinggi PA yang berkemampuan tetapi tidak mahu membiayai sendiri kos haji beliau?
Penulis 'berterima kasih' kerana doa laknat yang diminati oleh Nik Aziz Nik Mat telah terpalit ke diri sendiri dan membuka segala kelemahan dan keretakan Pakatan Rakyat hari ini.

dan penulis difahamkan bahawa Nik Aziz menyuruh seluruh rakyat Kelantan untuk berdoa laknat.


1. Apakah doa-doa tersebut akan bantu membuka lebih banyak permasalahan di dalam Pakatan Rakyat?


2. Apakah lebih ramai pemimpin Pakatan Retak akan ditangkap kerana habuan rasuah dan seks?


3. Apakah menantu Nik Aziz akan dipenjarakan dek pengelewengan kuasa beliau sebelum ini?

Apabila Malaysian Malaysia Tidak Laku

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, negara ini "sedang berperang dengan dirinya sendiri" dan langkah ke hadapan ialah dengan mengambil `jalan tengah' yang menyediakan peluang yang saksama, inklusif dan tiada lagi diskriminasi".

Katanya, berbeza dengan UMNO, Malaysia, Middle Malaysia mementingkan karekter dari warna kulit.
`Jalan tengah DAP' diibaratkan sebagai kaedah yang menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, Ketua Menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - Pas dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.

Pertamanya, jika betul ini akan menjadi dasar DAP, maka sebenarnya DAP agak terlewat kerana prinsip dan tindakan `jalan tengah' ini merupakan teras amalan dan pendirian kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Mungkin selepas `tersesat jalan' selama 43 tahun, seperti Parti Komunis Malaya (PKM) mereka baru tersedar yang jalan mereka ikuti selama ini salah.
Maka sebenarnya Guan Eng TERSILAP - bukan Malaysia yang sedang berperang dengan dirinya sendiri, sebaliknya "DAP yang sedang berperang dengan dirinya sendiri dan dalam proses mencari kebenaran".
Keduanya, penulis tidak melihat Middle Malaysia sebagai kejujuran DAP untuk `bertaubat' dari sikap `chauvinistik' yang menjadi darah daging mereka selama ini.
Sebaliknya ia hanya satu lagi retorik DAP bagi mengaburi mata rakyat dan tipu daya yang halus bagi memancing undi. Middle Malaysia tidak lebih seperti retorik-retorik yang gagal diterjemahkan secara jujur dalam bentuk dasar dan tindakan DAP.
Middle Malaysia adalah wajah samaran terkini DAP dan akan menjadi salah satu perkara dalam senarai janji yang tidak mungkin akan ditunaikan oleh DAP.
Dari segi tindakan dan matlamat akhir, DAP akan terus menjadi parti `chauvinis' yang menolak kedudukan istimewa Islam, Melayu/Bumiputera dan Institusi Raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan.
Apakah ayat Guan Eng yang membuktikan tipu daya yang halus ini? Guan Eng menekankan perkataan `saksama' berbanding `keadilan'. Guan Eng juga menekankan perkataan tiada lagi diskriminasi yang boleh membawa maksud `persamaan'.
Guan Eng juga menyebut perkataan mementingkan karektor berbanding warna kulit; dan yang tidak disebut adalah pegangan agama, lebih-lebih lagi dalam konteks agama Islam yang dilihat sebagai cara hidup oleh umat Islam.
Justeru tidak hairanlah jika keghairahan menjenamakan `konsep PERSAMAAN DAP' ini dihebahkan melalui sanjungan terhadap cara Pas menangani isu terjemahan God dalam Bible sebagai Allah.
Seperti Pas, DAP mempunyai masalah dengan satu segmen dalam masyarakat. Pas mempunyai masalah dengan pengundi bukan Islam dan DAP yang menolak konsep Negara Islam ala Pas.
Disebabkan itu slogan Pas for ALL dilaungkan bagi menunjukkan ke`relaan' dan ke`ikhlasan' menerima kaum yang suatu masa dulu digelar `kafir harbi' oleh Pas.
Pas for ALL juga digambarkan sebagai kesudian Pas untuk menggugurkan sejumlah perjuangan Islam mereka (termasuk retorik perjuangan Melayu yang mereka mainkan di kampung-kampung) dan penerimaan bukan Islam, walaupun pada hakikatnya bagi pimpinan Pas, golongan bukan Islam sebenarnya tidak mempunyai hak yang sama seperti hak umat Islam untuk memilih pemimpin dalam parti tersebut.
DAP pula mempunyai masalah untuk mendapat sokongan orang Melayu dan umat Islam. Bagi ramai umat Islam, sosialisme dan sekularisme bukan cara hidup yang dianjurkan seperti Islam.
Bagi orang Melayu yang insaf pula, mereka dapat melihat wajah kapitalis DAP dalam pendekatan `persamaan' DAP yang akan meminggirkan kaum Melayu semakin jauh dalam persaingan di dalam negara ini.
Bagi orang Melayu ini, mereka dapat melihap prinsip `persamaan' bagi DAP hanya terpakai untuk bidang-bidang yang belum dikuasai oleh kaum Cina, sebaliknya tidak terpakai bagi bidang-bidang yang telah didominasi oleh kaum Cina.
Pada waktu yang sama prinsip `persamaan DAP' bagi majoriti umat Islam dan Melayu tidak mungkin dibenarkan untuk perkara-perkara berkaitan agama Islam.
Jelas, Middle Malaysia akan menjadi satu lagi penipuan Pakatan Pembangkang (PR). Hipokrasi terbesar PR terdedah semasa Konvensyen PR pada 19 Disember yang lalu. Dalam konvensyen ini pemimpin-pemimpin PR akhirnya terbukti gagal mengotakan retorik dan idealisme politik masing-masing.
Setelah bertahun-tahun berjuang untuk menghapuskan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan, mengkritik pelbagai dasar yang berasaskan kepada kontrak sosial serta usaha untuk menambah konsep Negara Islam ala Pas dalam Perlembagaan Persekutuan, penulis menganggap KEKALAHAN yang paling besar PR dari segi idealisme adalah apabila pemimpin-pemimpin mereka terpaksa menyokong dan mengiktiraf perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Antara penipuan dan hipokrasi paling jelas adalah apabila Lim Guan Eng bercakap tentang `amar makruf nahi mungkar'.
Ketika bercakap dia bukan benar-benar yakin, beriman dan beramal dengan kata-katanya, sama seperti imannya kepada ayat-ayat al-Quran yang dibacanya.
Buktinya? Jelas di negeri Selangor dan Pulau Pinang, amar mungkar nahi makruf yang sebenarnya berleluasa.
Isunya di sini - hipokrasi - "play populist politic, ignore your principle and sell your soul to the devil - you'll be a Person/Party for ALL"

Anwar Jadi Penternak Kambing Hitam

Sheikh Anwar Ebraham berhujah dalam ‘The Wall Street Journal’ bertajuk “Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.” Isu agama dalam negara, tapi telah diberikan penjelasan kepada dunia.
Cuba tengok apa hujah dia lagi.. "Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.”


Si dangkal yang menunjuk pandai ni, tak faham. Bukankah sebelum kehadiran Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun lalu, semua agama samawi yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya memang merupakan agama benar yang menyeru manusia menyembah tuhan esa yang sama, iaitu Allah?


Sheikh Anwar al-Dangkal tak faham ke, bahawa bagi penganut Islam, agama-agama samawi ini telah diselewengkan oleh pengikut agama selepas kewafatan nabi-nabi mereka?


Allah yang dibawa oleh nabi-nabi mereka dulu memang sama dengan Allah yang dimaksudkan oleh penganut Islam hingga hari ini.


Selepas agama samawi ini diselewengkan, maksud Allah bagi mereka sudah bukan lagi tuhan yang esa. Di sinilah titik tolak berlakunya perpisahan antara iktiqad kepercayaan orang Islam dan penganut agama samawi yang lain berlaku.


Disinilah yang menjadi pertikaian kita kalangan penganut Islam. Mereka semberono menggunakan perkataan Allah dengan meyelewengkan maksud dan iktiqadnya.


Bukan masalah boleh guna atau tidak! Kalau mereka nak guna, kenalah pastikan mereka menyembah tuhan yang esa seperti mana yang dimaksudkan oleh agama Islam yang dibawa oleh Muhammad saw!


Wahai Syeikh Anwar Al-Dangkal…Awak dinasihatkan janganlah membuat dakwaan liar dan mengelirukan seperti di bawah ini dalam majalah yang berbeza iktikad dengan awak….


“Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa. Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat”.


Awak ni nak menyelesaikan kemelut antara agama ke.. atau nak menambah kelirukan seluruh rakyat pelbagai agama dalam negara dan dalam masa yang sama cuba pula memberi gambaran buruk kepada dunia tentang negara awak sendiri?


Awak ke yang bertanggungjawab sehingga kehidupan pelbagai kaum dan agama di negara ini selama ini begitu aman dan damai?


Hakikatnya, rekod menunjukkan bahawa sejak awak menjadi penentang kerajaan, semua isu-isu sensitif yang selama ini terkawal sudah menjadi luar kawalan! Awak yang memanipulasi setiap keadaan dengan harapan bila keadaan tidak lagi aman, maka ada ruang untuk awak salahkan pemerintah.


Kalau desperado macam mana sekali pun janganlah soal iktiqad pun awak nak politikkan. Tak takut ke akan azab Allah, tuhan penganut Islam? Allah awak tu adalah Allah tuhan orang Islam. Bukan Allah tuhan lain-lain agama.


(Tengok ni…punyalah susah bila dah boleh kongsi nama tuhan. Nak kena bagi tau Allah yang mana. Allah tuhan orang Islam ke Allah tuhan bukan Islam).


Syeikh Anwar Al-Dangkal ni ada satu sifat terpuji, iaitu kekentalan semangat perjuangannya. Walau apa keadaan pun dia akan terus berjuang. Walau hingga titisan mazi terakhir pun dia akan terus mencari jalan agar semua manusia percaya kepada dia.


Kalau dia nak kuasa, apa cara pun dia akan gunakan. Walau macam mana bersalah, mati hidup balik pun dia tidak akan mengaku salah.


Pantang ada peluang dan kesempatan pasti akan dibenafaatkannya sebaik mungkin untuk membolehkan dia menjadi juara rakyat, walaupun terpaksa bermain api dengan Allah dan iktiqad umat Islam.


Cuba baca ayat di bawah ni…Macam mana dia susun sesuatu isu dengan ayat yang akhirnya setiap kesalahan akan kelihatan dilakukan oleh orang lain.


"ada mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO”.


dia yang secara semberono memanipulasi setiap isu tapi akhirnya orang lain yang dituduh semberono dan dijadikan kambing hitam.


Ternakan kambing hitam Syeikh Anwar ada di mana-mana. Dalam PKR, dalam PAS, dalam UMNO, semua ada...


Sekarang ternakan kambing hitam dalam PKR sedang disembelih...Kambing hitam tu diberi nama Zulkifli Nordin.