Wednesday, December 30, 2009

Perhatian!!!

Majlis Meraikan Ibu Bapa Pada Hari Pertama Di Sekolah
anjuran
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Padang Serai
Pada : 02.01.10(Sabtu)
Jam : 7.30 pg
Tempat : 1. Sek. Ren. Keb. Sg. Karangan
2. Sek. Ren. Keb. Pagar Museh
Semua AJK Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Padang Serai terlibat......

Perhatian!!!!

Majlis Penyampaian Baju Sekolah
anjuran
UMNO Bahagian Padang Serai
Pada : 31.12.2009 (Khamis)
Tempat : Sek. Ren. Keb. Sg. Karangan
Jam : 3.30 Ptg
Semua Dijemput Hadir!!!!!!

Monday, December 28, 2009

Putar Belit, Bagaimana Anwar Ibrahim Begitulah Lim Guan Eng

Merujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan tidak adil kerana negeri Pulau Pinang hanya menerima RM794 juta dalam bentuk geran persekutuan dalam tempoh 8 tahun walaupun negeri tersebut telah menyumbang RM25,670 juta dalam bentuk cukai dan duti kastam.

Jika sekali imbas, kenyataan Lim Guan Eng itu boleh membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negeri Pulau Pinang terhadap kerajaan pusat. Ianya seperti menyimbah minyak ke api!
Masalahnya ialah rasa tidak puas hati ini menjadi lebih marak jika kita tidak benar-benar faham tentang mekanisme “legislative powers” dan klaus-klaus penting di dalam perlembagaan yang bersangkut paut dengan perhubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.


Ramai di antara kita yang tidak akan mendalami isu yang cuba dilontarkan oleh Lim Guan Eng Sosialis itu, malah menerima pandangan Guan Eng tanpa soal periksa.
Dari perspektif ilmiah, 'pendedahan' Lim Guan Eng itu sebenarnya membuktikan bahawa Lim Guan Eng tidak mempunyai kapasiti untuk memahami proses dan obligasi kerajaan persekutuan. Guan Eng tidak faham tentang Perkara 9 dan Perkara 10 di dalam Perlembagaan Malaysia.
Dalam erti kata yang lain, Lim Guan Eng telah mengaibkan diri beliau sendiri dan jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tiada kemampuan untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.
Adalah sungguh memalukan jika Ketua Menteri tidak tahu menahu tentang perkara asas dan fundamental di dalam kerangka pentadbiran negeri.
Untuk perhatian Lim Guan Eng, geran Persekutuan di Malaysia diagihkan berdasarkan kepada garispanduan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


1. Di dalam Perkara 9 Perlembagaan ini, butiran terperinci mengenai pengagihan kuasa dan tanggungjawab di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, boleh didapati.

2. Perkara 10 Perlembagaan ini pula menjelaskan tentang pengagihan hasil. Mengikut Perkara 10 ini, cukai pendapatan, hartanah, hakmilik terhadap cukai perolehan modal, cukai perdagangan antarabangsa dan juga cukai pengeluaran dan penggunaan, semuanya disalurkan kepada kerajaan persekutuan.

3. Kerajaan negeri dibenarkan untuk mengutip hasil cukai dari sumber semulajadi contohnya dari tanah, hutan dan lombong (Kecuali hasil petroleum, dibawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974).
Dalam hal ini, negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi yang besar. Dan negeri ini banyak bergantung kepada perindustrian dan perlancongan, dua sektor utama yang dimaksudkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan.
Akan tetapi ianya tidak bermaksud bahawa kerajaan persekutuan tidak prihatin seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng.


4. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menerangkan bahawa kerajaan persekutuan dipertanggungjawabkan untuk memberi 2 geran utama kepada kerajaan negeri, iaitu geran permodalan (capitation grant) dan geran jalan negeri (state road grant).
Geran permodalan diberikan berdasarkan saiz populasi sesebuah negeri manakala geran jalan negeri pula diberikan berdasarkan saiz geografi sesebuah negeri.


5. Selain daripada 2 geran yang disebutkan ini, kerajaan negeri juga berhak kepada lebih kurang 10 jenis cukai perkongsian bersama dan levi.
Contohnya, hasil petroleum, cukai eksport bijih timah, besi dan galian yang lain juga dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak 10%.


Apakah Lim Guan Eng tahu tentang cukai perkongsian dan levi tersebut?
Atau, beliau baru mahu membuka dokumen-dokumen kerajaan negeri kerana tidak arif mengenainya?
Seperti yang penulis katakan, negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi yang signifikan.
Dan kita perlu tahu bahawa penyaluran wang ke negeri Pulau Pinang tidak hanya melalui satu sumber sahaja seperti yang dibayangkan oleh Lim Guan Eng.
Hak negeri Pulau Pinang masih disalurkan dalam pelbagai bentuk yang tidak semestinya melalui kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Mungkin yang memeningkan kepala Guan Eng sebenarnya ialah cara untuk mendapatkan wang untuk membiayai segala janji-janji kosong DAP kepada rakyat Pulau Pinang pada PRU-12 yang lepas! Dan sehingga kini, beliau masih gagal untuk menarik pelabur-pelabur asing ke Pulau Pinang dengan jayanya.
Seperkara lagi, penulis tersenyum sinis dengan kenyataan Lim Guan Eng yang merujuk pandangan sifu beliau, Lee Kuan Yew. Tindakan beliau itu jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP masih berkiblatkan Lee Kuan Yew dan republik Singapura.
Guan Eng, Lee Kuan Yew is history and has no say to our beloved country.
Dan tindakan Lim Guan Eng sengaja menimbulkan isu di atas juga jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng cuba mengalih kritikan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau dengan menyalahkan pihak lain!
Modus operandi Lim Guan Eng itu mungkin berhasil pada permulaan beliau menjadi Ketua Menteri. Tetapi kini, rakyat Pulau Pinang telah dapat membaca taktik tersebut dan Guan Eng tidak mungkin akan dapat menjawab lagi!
Bagaimanapun, penulis tertarik dengan penekanan Guan Eng Sosialis terhadap "hanya menerima RM794 juta dalam bentuk geran persekutuan dalam tempoh 8 tahun"
Penekanan '8 tahun' itu jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng sebenarnya mahu mengheret parti Gerakan dan MCA di dalam isu ini.
Guan Eng cuba memerangkap parti-parti tersebut untuk sama-sama DAP Sosialis untuk mengatakan ketidakpuashatian terhadap pengagihan hasil negeri @ sistem Perlembagaan Malaysia.
Penulis menyarankan agar perti Gerakan dan MCA tidak terikut dengan tarian DAP itu.
Realitinya, Lim Guan Eng telah gagal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang produktif, inovatif dan mampu membawa negeri Pulau Pinang ke tahap yang sepatutnya.
Apa tidaknya, selama ini modal Lim Guan Eng hanyalah kritikan, kelas ekonomi kapal terbang dan air liur beliau sahaja!

Punya Celaka ni Budak!!!!!


Pas kini lebih liberal


Pas kini tidak lagi dilihat berjuang atas nama Islam selepas tindak-tanduk parti itu menunjukkan ia menjadi 'pak turut' yang liberal semata-mata mahu menjaga hati rakan dalam pakatan pembangkang.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, prinsip Pas telah 'dikorbankan' apabila ia sanggup bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apatah lagi DAP yang terang-terang menolak undang-undang Islam yang diperjuangkan parti itu.
"Apa yang berlaku sekarang ialah hala tuju Pas lebih kepada untuk berkuasa berbanding menegakkan ideologi Islam.
"Bagi saya jika ditakdirkan pakatan pembangkang menang, tiada gagasan perjuangan Islam kerana Pas bukan lagi parti dominan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas hala tuju Pas selepas parti itu terpaksa mengikut rentak DAP dan PKR sehingga 'mengendurkan' dasar dan prinsip perjuangan Islam agar lebih selari dengan rakan pakatannya.
Menurut Ahmad Atory, senario itu membuktikan Pas kini lebih liberal dan perjuangan Islam yang dilaungkan parti itu selama ini hanyalah satu pembohongan.
"Sebagai parti politik, Pas mahu kuasa dan demi cita-cita itu ia sanggup mengorbankan prinsip. Kalau berprinsip tidak mungkin menjalinkan kerjasama dengan DAP yang terang-terang menentang dasar menegakkan Islam.
"Mereka berbuat demikian untuk meraih undi bukan Melayu kerana cita-cita Pas untuk berkuasa tidak mungkin akan tercapai tanpa sokongan kaum Cina dan India," katanya.

UMNO Jugak Yang Dipersalahkan

Suka-suka hati ja mamat nie terus tibai UMNO.....Tngk apa yang dikatakannya :.......


Itulah reaksi spontan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung tindakan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai ahli Pas Selangor berhimpun di Shah Alam, Selangor hari ini bagi mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

Tegas beliau, ahli Pas tidak akan berbuat demikian kerana mereka memang ingin menguatkan pakatan pembangkang dan jauh sekali memilih untuk mengeruhkan suasana dalam pakatan itu.

Menurut Mahfuz, beliau sedia maklum dengan perhimpunan itu dan percaya ia didalangi oleh ahli-ahli UMNO yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mewakili ahli Pas.
"Kumpulan itu bukannya disertai oleh ahli-ahli Pas yang tindakan mereka didalangi oleh UMNO, sebaliknya ia merupakan ahli-ahli UMNO sendiri.
"Saya yakin orang Pas tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu pakatan pembangkang diperkukuhkan lagi, bukannya dihuru-harakan,"

Kumpulan desak PAS S'gor keluar Pakatan Rakyat

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, PKR dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor."Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 orang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat Shah Alam. Sementara itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS dari bahagian Gombak menafikan kumpulannya didalangi Umno Selangor.Katanya, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali Isnin pagi di pejabatnya di Shah Alam.

Tok Guru Buat Hal Lagi!!!



Setiausaha Nik Aziz akan dipecat?

Kelantan masih jauh daripada penyelesaian krisis yang berlarutan sejak dua bulan lalu apabila menteri besarnya diura-ura bercadang memecat setiausaha politiknya Annual Bakhri Haron.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdepan satu demi satu masalah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Tokoh PAS itu juga berdepan dengan isu tajaan haji kepada dirinya dan anggota keluarganya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi tidak diterima selepas muncul kontroversi di media. Usaha mendapatkan ulasan Annual Bakhri setakat ini belum berjaya. Blog yang dekat dengan politik Kelantan menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Annual Bakhri delat dengan Datuk Husam Musa.