Setiausaha Nik Aziz akan dipecat?
Kelantan masih jauh daripada penyelesaian krisis yang berlarutan sejak dua bulan lalu apabila menteri besarnya diura-ura bercadang memecat setiausaha politiknya Annual Bakhri Haron.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdepan satu demi satu masalah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Tokoh PAS itu juga berdepan dengan isu tajaan haji kepada dirinya dan anggota keluarganya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi tidak diterima selepas muncul kontroversi di media. Usaha mendapatkan ulasan Annual Bakhri setakat ini belum berjaya. Blog yang dekat dengan politik Kelantan menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Annual Bakhri delat dengan Datuk Husam Musa.
1 comment:
Tahniah. UMNO Padang Serai diatas Blog yang diujudkan.
Harapan Blog UMNO Padang serai ini tidaklah sekadar untuk melepas batuk di tangga saja atau menjadi medan maki hamun sesama sendiri atau menjadi pentas untuk Pembangkang memaki hamun.
wassallam.
Post a Comment