Monday, December 28, 2009

Putar Belit, Bagaimana Anwar Ibrahim Begitulah Lim Guan Eng

Merujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan tidak adil kerana negeri Pulau Pinang hanya menerima RM794 juta dalam bentuk geran persekutuan dalam tempoh 8 tahun walaupun negeri tersebut telah menyumbang RM25,670 juta dalam bentuk cukai dan duti kastam.

Jika sekali imbas, kenyataan Lim Guan Eng itu boleh membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negeri Pulau Pinang terhadap kerajaan pusat. Ianya seperti menyimbah minyak ke api!
Masalahnya ialah rasa tidak puas hati ini menjadi lebih marak jika kita tidak benar-benar faham tentang mekanisme “legislative powers” dan klaus-klaus penting di dalam perlembagaan yang bersangkut paut dengan perhubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.


Ramai di antara kita yang tidak akan mendalami isu yang cuba dilontarkan oleh Lim Guan Eng Sosialis itu, malah menerima pandangan Guan Eng tanpa soal periksa.
Dari perspektif ilmiah, 'pendedahan' Lim Guan Eng itu sebenarnya membuktikan bahawa Lim Guan Eng tidak mempunyai kapasiti untuk memahami proses dan obligasi kerajaan persekutuan. Guan Eng tidak faham tentang Perkara 9 dan Perkara 10 di dalam Perlembagaan Malaysia.
Dalam erti kata yang lain, Lim Guan Eng telah mengaibkan diri beliau sendiri dan jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tiada kemampuan untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.
Adalah sungguh memalukan jika Ketua Menteri tidak tahu menahu tentang perkara asas dan fundamental di dalam kerangka pentadbiran negeri.
Untuk perhatian Lim Guan Eng, geran Persekutuan di Malaysia diagihkan berdasarkan kepada garispanduan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


1. Di dalam Perkara 9 Perlembagaan ini, butiran terperinci mengenai pengagihan kuasa dan tanggungjawab di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, boleh didapati.

2. Perkara 10 Perlembagaan ini pula menjelaskan tentang pengagihan hasil. Mengikut Perkara 10 ini, cukai pendapatan, hartanah, hakmilik terhadap cukai perolehan modal, cukai perdagangan antarabangsa dan juga cukai pengeluaran dan penggunaan, semuanya disalurkan kepada kerajaan persekutuan.

3. Kerajaan negeri dibenarkan untuk mengutip hasil cukai dari sumber semulajadi contohnya dari tanah, hutan dan lombong (Kecuali hasil petroleum, dibawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974).
Dalam hal ini, negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi yang besar. Dan negeri ini banyak bergantung kepada perindustrian dan perlancongan, dua sektor utama yang dimaksudkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan.
Akan tetapi ianya tidak bermaksud bahawa kerajaan persekutuan tidak prihatin seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng.


4. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menerangkan bahawa kerajaan persekutuan dipertanggungjawabkan untuk memberi 2 geran utama kepada kerajaan negeri, iaitu geran permodalan (capitation grant) dan geran jalan negeri (state road grant).
Geran permodalan diberikan berdasarkan saiz populasi sesebuah negeri manakala geran jalan negeri pula diberikan berdasarkan saiz geografi sesebuah negeri.


5. Selain daripada 2 geran yang disebutkan ini, kerajaan negeri juga berhak kepada lebih kurang 10 jenis cukai perkongsian bersama dan levi.
Contohnya, hasil petroleum, cukai eksport bijih timah, besi dan galian yang lain juga dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak 10%.


Apakah Lim Guan Eng tahu tentang cukai perkongsian dan levi tersebut?
Atau, beliau baru mahu membuka dokumen-dokumen kerajaan negeri kerana tidak arif mengenainya?
Seperti yang penulis katakan, negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi yang signifikan.
Dan kita perlu tahu bahawa penyaluran wang ke negeri Pulau Pinang tidak hanya melalui satu sumber sahaja seperti yang dibayangkan oleh Lim Guan Eng.
Hak negeri Pulau Pinang masih disalurkan dalam pelbagai bentuk yang tidak semestinya melalui kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Mungkin yang memeningkan kepala Guan Eng sebenarnya ialah cara untuk mendapatkan wang untuk membiayai segala janji-janji kosong DAP kepada rakyat Pulau Pinang pada PRU-12 yang lepas! Dan sehingga kini, beliau masih gagal untuk menarik pelabur-pelabur asing ke Pulau Pinang dengan jayanya.
Seperkara lagi, penulis tersenyum sinis dengan kenyataan Lim Guan Eng yang merujuk pandangan sifu beliau, Lee Kuan Yew. Tindakan beliau itu jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP masih berkiblatkan Lee Kuan Yew dan republik Singapura.
Guan Eng, Lee Kuan Yew is history and has no say to our beloved country.
Dan tindakan Lim Guan Eng sengaja menimbulkan isu di atas juga jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng cuba mengalih kritikan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau dengan menyalahkan pihak lain!
Modus operandi Lim Guan Eng itu mungkin berhasil pada permulaan beliau menjadi Ketua Menteri. Tetapi kini, rakyat Pulau Pinang telah dapat membaca taktik tersebut dan Guan Eng tidak mungkin akan dapat menjawab lagi!
Bagaimanapun, penulis tertarik dengan penekanan Guan Eng Sosialis terhadap "hanya menerima RM794 juta dalam bentuk geran persekutuan dalam tempoh 8 tahun"
Penekanan '8 tahun' itu jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng sebenarnya mahu mengheret parti Gerakan dan MCA di dalam isu ini.
Guan Eng cuba memerangkap parti-parti tersebut untuk sama-sama DAP Sosialis untuk mengatakan ketidakpuashatian terhadap pengagihan hasil negeri @ sistem Perlembagaan Malaysia.
Penulis menyarankan agar perti Gerakan dan MCA tidak terikut dengan tarian DAP itu.
Realitinya, Lim Guan Eng telah gagal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang produktif, inovatif dan mampu membawa negeri Pulau Pinang ke tahap yang sepatutnya.
Apa tidaknya, selama ini modal Lim Guan Eng hanyalah kritikan, kelas ekonomi kapal terbang dan air liur beliau sahaja!

1 comment:

Kamal Sanusi said...

Cerita pasai putaq belit ni bagi aku semuanya sama saja.

Kalau ingin menjadi seorang ahli poliTAIK, makanya perlulah seseorang itu pandai membelit dan putaq alam.

Ini belum termasuk syarat kena tahu menipu, merompak, mintak projek dan yg sekasta dengannya.

Tiada bezanya Anwar, Lim Guan Eng, 1Najib, 1KJ, Nik Aziz dll lagi.

Kah kah kah!!!...