Tuesday, November 24, 2009


Apa maksud tersirat bila gaji RM1 diumumkan sebagai ganjaran menjadi penasihat kewangan Selangor?
Tiada maksud lain, melainkan mengada-ngada, menunjuk-nunjuk. Orang Sabah kata ‘mintak puji’.
Kalau dilayan boleh jadi budaya lelong dalam filem P.Ramlee. Takkan pemimpin kerajaan BN nak “bidding” pulak sampai jatuh ke RM0.50.
Memang Anwar tak ada kerja lain..siang malam propaganda, propaganda dan propaganda.
Makin bankrap idea nampaknya.
Lama mana sangatlah boleh bertahan kalau siang malam pakai steroid untuk jadi sihat dan kuat.
Kalau siang malam pakai steroid propaganda lama-lama boleh jadi “immune”. Bila dah “immune”, kesan yang akan berlaku ialah apa isu pun akan dimanipulasi asal dapat mengekalkan carta di tangga teratas sebagai pemimpin paling popular.
Akhirnya isu paling bodoh pun dia akan guna. Disebabkan sudah immune, propaganda paling bodoh pun dia akan rasa paling hebat.
Itulah keburukannya bila terlalu bergantung kepada steroid propaganda untuk mengekalkan pengaruh.
Makin hari makin kesian den tengok Anwar ni. Dia rasa dia hebat. Tapi dia tak tau kita kesian tengok dia…


CUKUP LA ANWAR OII.......KESIHANILAH PADA AHLI-AHLIMU YANG TIDAK BERDOSA....!!!

PAS KELANTAN TIDAK LAGI PERJUANGKAN ISLAM!!!!!



Pas Kelantan tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini tetapi lebih sibuk membahagikan 'harta perang'.

Pemimpin parti terbabit pada masa kini menjadikan kuasa yang dimiliki mereka untuk mengumpul aset dan keuntungan sehingga mengabaikan rakyat.kerana kegiatan itu tidak lagi dapat dibendung dan semakin merebak, kepimpinan Pas Kelantan dipercayai telah berpecah sehingga wujud sekurang-kurangnya tiga kumpulan.

"Kesemua kumpulan ini sedang sibuk mengaut keuntungan dari kerajaan negeri ini sehingga melupakan dasar perjuangan mereka iaitu Islam.

"Mereka telah lupa semua perjuangan sebelum ini kerana terlalu lama berkuasa dan disebabkan itu mereka mengagihkan hasil negeri ini seperti balak seperti membahagikan 'harta perang',"

Pada masa yang sama juga, Nik Abdul Aziz mengakui menerima tajaan haji sebanyak RM65,000 daripada individu tertentu.

HAMPA TERTIPU OIIIIII!!!!


Tertipu dengan ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca utama kenapa semakin ramai wakil rakyat dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti mahu pun meletak jawatan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pelbagai kaedah telah digunakan oleh Penasihat PKR itu untuk meyakinkan penyokongnya sehingga sanggup menipu dengan mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya.

Katanya, penipuan tersebut dilakukan oleh Anwar sehari selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada Jun tahun lepas bahawa beliau telah diliwat oleh ketuanya itu.

“Rakyat tak perlu hairan kenapa ramai wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti atau letak jawatan.

“Mereka semua merasa malu dan tertipu dengan Anwar yang pandai ‘main wayang’, bukankah sehari selepas Mohd. Saiful buat laporan telah diliwat, Anwar dakwa ada orang mahu bunuhnya padahal tiada apa pun yang berlaku selepas itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar membuat dakwaan itu bagi menjelaskan kenapa beliau terpaksa berlindung di Kedutaan Turki selepas Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini.

Dua hari selepas itu, Anwar kemudiannya bersetuju keluar selepas satu kenyataan jaminan keselamatan dihantar ke Kedutaan Turki oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada hari yang sama.

Dalam tempoh sebulan lalu, beberapa pemimpin tertinggi dan seorang wakil rakyat PKR meletak jawatan dan keluar parti.

Senario itu menyaksikan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Christina Liew yang meletak jawatan, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar parti.

Pada 23 Ogos lalu ADUN Lunas, Mohd. Radzhi Salleh juga bertindak meninggalkan PKR.

Zamil berkata, para penyokong PKR perlu merenung perkembangan yang berlaku dalam parti itu kebelakangan ini dan bukannya memberi sokongan membuta tuli.

Katanya, sebagai pemimpin yang berada dalam PKR, golongan yang keluar parti atau meletak jawatan itu lebih sedar apakah yang sedang berlaku.

“Tapi nampaknya penyokong ini tidak sedar-sedar termasuklah masih menganggap dakwaan Anwar bahawa nyawanya terancam adalah sesuatu yang benar,” katanya.

Monday, November 23, 2009

Anuar Yang Kepalang...



hehehe...gambar di tepi nie hanya untuk renungan saja...bukan ada pa-pa pun....cuma nak bagi relak-relak mata ja.....hehehe

Setelah penat bekerja...kena relak2 jugak....hahahah

Saturday, November 21, 2009

Kebarangkalian Untuk Berlaku PilihanRaya Di PARLIMEN PADANG SERAI semakin menjadi kenyataan..!!!


Jentera-jentera pilihanraya Barisan Nasional khususnya UMNO haruslah bersedia dari masa sekarang. Memandangkan semakin hampir menjadi kenyataan untuk berlakunya pilihanraya di kawasan kita....
Pergerakan Pemuda UMNO Padang Serai perlu membuktikan kesungguhan untuk bekerja keras dalam memberi segala macam tugas yang akan diberikan....buktikan yang kita tidak sesama sekali memboikot pilihanraya seperti yang diperkataan pada pilihanraya lepas....kita buktikan kepada sesiapa yang tidak bertanggung jawab menuduh pemuda UMNO memboikot pilihanraya dan membawa kemenangan kepada PARLIMEN PADANG SERAI!!!!!!
PERGERAKAN PEMUDA UMNO PADANG SERAI dibawah kepimpinan Cikgu Madi perlu mendesak untuk mendapatkan kerusi Parlimen Padang Serai kepada UMNO....Memandangkan MCA sekarang ini mempunyai masalah yang besar dalam pergolakan dalaman mereka...kita harus mengambil kesempatan ini bagi mendapatkan kerusi tersebut......
Yang terakhir sekali serta teramat penting untuk berjaya, kita haruslah bersatu, rapatkan barisan kepimpinan kita jika mahukan kemenangan. Kita harus bekerjasama dalam apa jua rintangan serta masalah yang melanda. Janganlah membiarkan yang jauh ketinggalan yang dekat dijauhkan..Kita rapatkan barisan kita seperti bermain bola dalam pasukan yang sentiasa meraih kemenangan....HIDUP UMNO!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

Betoi Atau Tidak Betoi......



Adakah benar Anuar benar-benar seorang Peliwat......

Apa yang telah diperkatakan oleh Saiful iaitu bekas pembantu peribadinya, beliau telah diliwat oleh Anuar...hahaha

Beliau mendakwa telah diliwat Anuar di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lepas.Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Nov.Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan pada 1 sehingga 23 Julai lepas tetapi ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan oleh Anwar.

Apa kata tuan-tuan.......serta pendapat......

kita saksikan benar atau tidak....

Monday, November 2, 2009

Lihatlah Betapa Hebatnya TOK GURUMU......


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh majlis Pakatan Rakyat di Perak.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."
Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.
Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.
"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.
"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."
"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."
"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.
Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.
Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.
Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.
"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.
Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.
Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.
Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,
Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu kebelakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.
Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri._

Nizar naik Angin...Nizar naik Pangkat.......


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpotensi untuk memimpin Pakatan Rakyat pada masa depan berdasarkan peranannya menjadi penyatu dan mampu mendekati pelbagai kaum di Perak. BAK KATA ORANG PR LA.....
SEBAB APA YANG BOLEH JADI LEADER SEBAB...:"Kebolehan beliau berkomunikasi dengan baik dengan kaum Cina terutamanya menjadikan Nizar individu yang boleh berperanan sebagai penyatu dalam Pakatan Rakyat,"
Nizar dipilih sebagai menteri besar oleh PR berdasarkan undang-undang negeri walaupun PAS memiliki jumlah kerusi paling kecil di Perak, sebanyak hanya enam kerusi berbanding 18 diperolehi DAP dan tujuh dimenangi PKR dalam pilihan raya umum pada Mac 2008.
Nizar dan kerajaan PR Perak dijatuhkan oleh Barisan Nasional ekoran tindakan tiga Adun PR yang keluar parti dan mengalihkan sokongan kepada BN.
Dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang yang diadakan April lalu, Nizar memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti 2,789 undi menewaskan calon BN, Ismail Saffian.
Pilihan raya kecil itu dilihat sebagai referendum rakyat Perak terhadap siapa yang sepatutnya memimpin negeri itu selepas BN mengambil alih kerajaan negeri pada Februari lalu.
=> KENAPA TIDAK MEMBERITAHU PADA SEMUA RAKYAT YANG NIZAR NI TELAH MENJUAL MARUAH MELAYU APABILA TELAH MENUKAR TEMPOH PENDUDUKKAN TANAH DARI 99TAHUN KE 999 TAHUN......DAN MACAM-MACAM LAGI......