Tuesday, November 24, 2009

HAMPA TERTIPU OIIIIII!!!!


Tertipu dengan ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca utama kenapa semakin ramai wakil rakyat dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti mahu pun meletak jawatan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pelbagai kaedah telah digunakan oleh Penasihat PKR itu untuk meyakinkan penyokongnya sehingga sanggup menipu dengan mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya.

Katanya, penipuan tersebut dilakukan oleh Anwar sehari selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada Jun tahun lepas bahawa beliau telah diliwat oleh ketuanya itu.

“Rakyat tak perlu hairan kenapa ramai wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti atau letak jawatan.

“Mereka semua merasa malu dan tertipu dengan Anwar yang pandai ‘main wayang’, bukankah sehari selepas Mohd. Saiful buat laporan telah diliwat, Anwar dakwa ada orang mahu bunuhnya padahal tiada apa pun yang berlaku selepas itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar membuat dakwaan itu bagi menjelaskan kenapa beliau terpaksa berlindung di Kedutaan Turki selepas Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini.

Dua hari selepas itu, Anwar kemudiannya bersetuju keluar selepas satu kenyataan jaminan keselamatan dihantar ke Kedutaan Turki oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada hari yang sama.

Dalam tempoh sebulan lalu, beberapa pemimpin tertinggi dan seorang wakil rakyat PKR meletak jawatan dan keluar parti.

Senario itu menyaksikan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Christina Liew yang meletak jawatan, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar parti.

Pada 23 Ogos lalu ADUN Lunas, Mohd. Radzhi Salleh juga bertindak meninggalkan PKR.

Zamil berkata, para penyokong PKR perlu merenung perkembangan yang berlaku dalam parti itu kebelakangan ini dan bukannya memberi sokongan membuta tuli.

Katanya, sebagai pemimpin yang berada dalam PKR, golongan yang keluar parti atau meletak jawatan itu lebih sedar apakah yang sedang berlaku.

“Tapi nampaknya penyokong ini tidak sedar-sedar termasuklah masih menganggap dakwaan Anwar bahawa nyawanya terancam adalah sesuatu yang benar,” katanya.

No comments: