Saturday, November 21, 2009

Kebarangkalian Untuk Berlaku PilihanRaya Di PARLIMEN PADANG SERAI semakin menjadi kenyataan..!!!


Jentera-jentera pilihanraya Barisan Nasional khususnya UMNO haruslah bersedia dari masa sekarang. Memandangkan semakin hampir menjadi kenyataan untuk berlakunya pilihanraya di kawasan kita....
Pergerakan Pemuda UMNO Padang Serai perlu membuktikan kesungguhan untuk bekerja keras dalam memberi segala macam tugas yang akan diberikan....buktikan yang kita tidak sesama sekali memboikot pilihanraya seperti yang diperkataan pada pilihanraya lepas....kita buktikan kepada sesiapa yang tidak bertanggung jawab menuduh pemuda UMNO memboikot pilihanraya dan membawa kemenangan kepada PARLIMEN PADANG SERAI!!!!!!
PERGERAKAN PEMUDA UMNO PADANG SERAI dibawah kepimpinan Cikgu Madi perlu mendesak untuk mendapatkan kerusi Parlimen Padang Serai kepada UMNO....Memandangkan MCA sekarang ini mempunyai masalah yang besar dalam pergolakan dalaman mereka...kita harus mengambil kesempatan ini bagi mendapatkan kerusi tersebut......
Yang terakhir sekali serta teramat penting untuk berjaya, kita haruslah bersatu, rapatkan barisan kepimpinan kita jika mahukan kemenangan. Kita harus bekerjasama dalam apa jua rintangan serta masalah yang melanda. Janganlah membiarkan yang jauh ketinggalan yang dekat dijauhkan..Kita rapatkan barisan kita seperti bermain bola dalam pasukan yang sentiasa meraih kemenangan....HIDUP UMNO!!!!!

3 comments:

k.penerangan pemuda said...

Murid : Selamat pagi, cikgu.



Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : keadilan!
Murid : UMNO!

Cikgu : Adil lah bodo
Murid : UMNO lah pandai

Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata keadilan salah!
Murid : Kami dengar umno betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Ps: umno dulu kini dan selamanya... besedia menghadapi karenah pembangkang bagi menawan padang serai!!

Anonymous said...

bagus2...komen yang agak memberangsangkan....hahahaha...nie kira cikgu madi dgn anak murid 2 ajk pemuda bahagian ka.???hahahaha

Unknown said...

salam sejahtera cikgu ein!