Friday, March 19, 2010

PENCINTA UMNO!!!

DARI MASALAH SERTA ISU-ISU SEMASA YANG TELAH TIMBUL. ADAKAH TUAN-TUAN MERASAKAN BARISAN NASIONAL KHUSUSNYA UMNO AKAN MEMENANGI PILIHANRAYA PADA PRU13 NANTI....????ADAKAH PARLIMEN PADANG SERAI AKAN KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL ATAU MASIH TETAP BERADA DI DALAM GENGGAMAN PAKATAN RAKYAT????SILA ULASKAN PENDAPAT TUAN-TUAN.......

Anwar dimalukan lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi malu besar apabila bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal menafikan badan bersenjata itu merestui rancangan ‘16 September’ bagi mengambil alih Kerajaan Pusat.

Sambil menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang itu seperti yang didedahkan seorang ahli Parlimen Bebas semalam, sebagai pembohongan paling besar, Abdul Aziz yang memimpin ATM pada waktu itu mengutuk tindakan yang sangat keji tersebut kerana sanggup menjual nama sebuah organisasi pertahanan yang profesional demi kepentingan politik peribadi.


‘‘Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan ATM dengan pembangkang ketika itu sebagaimana didakwa oleh Anwar, kerana badan ini adalah organisasi profesional yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan bukannya terbabit dalam mainan politik.

“Kenyataan Anwar itu hanyalah helah untuk mengaburi mata rakyat kerana ATM tidak akan sesekali menyetujui sebarang perancangan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat,’’ katanya pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan baru Zetro Aerospace Corporation, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat semalam berhubung rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan 16 September 2008.

Antara lain, Zahrain mendedahkan Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam dan mendakwa ATM juga menyokong pelantikan itu.

Selain itu, Anwar juga didakwa berbohong apabila menyatakan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan mempengerusikan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan dan menyokong pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Anwar itu, Abdul Aziz berkata, tiada sebarang pertemuan dibuat antara Ketua Pembangkang dengan beliau mahu pun pemimpin kanan ATM lain selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada Mac 2008.

Ditanya sama ada pihak ATM mengetahui sejak dari awal nama organisasi itu dikaitkan dengan rancangan 16 September, Abdul Aziz berkata, pihaknya mengakui memang timbul desas-desus dan beliau sendiri pernah ditanya oleh media mengenainya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau tidak menolak kemungkinan ATM akan mengambil tindakan tegas, jika selepas ini pembangkang terus mencemarkan imej organisasi itu demi kepentingan politik mereka.
Sementara itu, Ahmad Zahid mahu rakyat menilai sendiri pembohongan Anwar yang sanggup mempergunakan apa sahaja demi memastikan matlamat peribadinya tercapai.

“Apa yang dikatakan oleh Anwar adalah pembohongan besar, bukan sahaja kepada wakil rakyat pembangkang tetapi rakyat keseluruhannya hanya semata-mata untuk mencapai hasratnya bergelar Perdana Menteri,’’ jelasnya.

“Pembohongan mereka jelas kerana sehingga kini tiada seorang pun wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang keluar parti, sebaliknya mereka yang dilanda musibah apabila ramai wakil rakyat pembangkang menjadi ahli Bebas,’’ jelasnya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited untuk terus membangunkan industri pertahanan tempatan melalui penganugerahan kontrak jangka masa panjang terutamanya kepada syarikat yang menunjukkan pencapaian progresif.

Katanya, kerajaan akan memastikan hala tuju program pembangunan industri pertahanan tempatan terus dipergiatkan bagi memastikan negara mampu berdikari dalam menghasilkan produk pertahanan berasaskan teknologi tempatan.

“Komitmen kerajaan ini amat penting kerana kita tidak boleh terlalu bergantung kepada negara luar terutamanya berkait dengan sistem pertahanan yang bersifat strategik,” ujarnya.

Thursday, March 4, 2010

Lagi AHLI PARLIMEN umum keluar PKR

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.
Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.
Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.
Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.
Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.      Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang
Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.
DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.
Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.
Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin (kiri, berketayap) berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.
Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Salehudin (kiri) pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.
Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.