Seperti yang penulis jangkakan, salakan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), hanya sekadar membuang masa dan tidak akan mungkin mengganggu Lim Guan Eng Sosialis, walau
sedetik pun. Sekarang, PKR di Pulau Pinang diibaratkan seperti sampah oleh DAP Sosialis. Kepimpinan PKR negeri tidak mampu untuk bersuara dan mereka pasti akan diperbodoh-bodohkan oleh Guan Eng Sosialis dan orang-orang beliau.
Satu persatu, DAP Sosialis sudah mulai membuka pekung di dada kepimpinan PKR Pulau Pinang dan taktik begitu sudah diramalkan untuk menutup mulut pemimpin-pemimpin PKR yang lantang mempersoalkan kewibawaan Guan Eng Sosialis.
Zahrain Mohd Hashim didakwa sebagai seorang ahli politik yang 'frust menonggeng' dan kerana itu Zahrain membuat bising.
Seorang lagi pemimpin PKR, Tan Tee Beng, ahli parlimen Nibong Tebal pula turut didakwa 'frust menonggeng' dan 'mengacau' Guan Eng kerana Guan Eng menolak ke tepi cadangan PKR negeri yang mencalonkan beliau menjadi pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Tan Tee Beng juga didakwa campurtangan di dalam proses tender Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) bagi mendapatkan lot rumah kedai untuk keluarga beliau.
Mohd Razali Abdullah, bekas MPPP yang juga ahli PKR turut diperbodoh-bodohkan sehinggakan beliau menfailkan saman malu terhadap Jeff Ooi, orang kanan Guan Eng.
Pokoknya, kepimpinan DAP Sosialis di Pulau Pinang cuba menutup mulut rakan-rakan politik mereka sendiri dengan cara mengaibkan mereka di depan orang ramai dan tindakan tersebut sudah diramalkan sejak dari mula lagi.
Realitinya, kepimpinan PKR Pulau Pinang seperti sudah tiada maruah lagi dan nama baik mereka telah diconteng dan diperburuk-burukkan oleh Guan Eng.
Yang memalukan sekali ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin tertinggi PKR yang dahulunya diibaratkan jaguh di Pulau Pinang, tidak dapat berbuat apa-apa di negeri beliau sendiri.
Anwar Ibrahim hanya sekadar menumpang kuasa DAP dan tidak mampu untuk menegur Guan Eng.
Malah Anwar Ibrahim sendiri tiada kuasa untuk membantu peniaga-peniaga Melayu di kawasan parlimen beliau sendiri sehinggakan gerai-gerai mereka dirobohkan tanpa alternatif untuk membantu peniaga-peniaga tersebut.
Guan Eng juga cuba menutup kelemahan pentadbiran beliau dengan mengolah statistik pemberian tender yang kononnya beliau telah berlaku adil dan saksama kepada orang Melayu di Pulau Pinang.
Jika kita membaca sekali imbas tentang peratusan pemberian tender tersebut, kita tentu akan termakan dengan kenyataan Guan Eng. Mungkin beliau fikir bahawa orang Melayu Pulau Pinang bodoh-bodoh belaka.
Akan tetapi, beliau sebenarnya tidak menerangkan dengan lebih terperinci tentang nilai tender yang diberikan kepada orang Melayu.
Jika benar, apakah adil jika tender yang kecil nilainya diberikan kepada orang Melayu dan tender yang besar diberikan kepada orang Cina?
Yang 'menariknya' tentang satu lagi modus operandi untuk menutup mulut rakan-rakan politik Guan Eng ialah dengan melabelkan mereka sebagai tali barut UMNO dan Barisan Nasional.
Label yang diberikan itu pasti akan dapat menutup terus mulut sebarang pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang termasuk Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng.
Tetapi, ada satu cara lagi untuk menutup mulut mereka itu. Lim Guan Eng atau pun Anwar Ibrahim mungkin akan menganugerahkan wang ringgit yang banyak kepada Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng.
Kedua-duanya akan bersetuju untuk digantung untuk beberapa bulan. Tatkala itu, mereka mempunyai alasan untuk meninggalkan tanggungjawab di kawasan masing-masing kerana kononnya perlu 'muhasabah diri dan memikirkan karier mereka seterusnya'!
Dan mungkin mereka akan memilih pusat peranginan yang mahal-mahal untuk dijadikan tempat 'menyembuhkan luka yang sangat perit' itu!
Apa pun penulis berharap agar kedua-dua pemimpin PKR negeri Pulau Pinang tidak senang dibeli oleh Guan Eng.
Yang penting sekarang ialah Lim Guan Eng patut dilucutkan jawatan dan hanya satu cara yang boleh dilakukan iaitu dengan mengulingkan kerajaan DAP Pulau Pinang